PEN YOU?

MELIHAT gambar dan membaca artikel penyu, mencetuskan idea mahu menulis novel atau antologi cerpen tentang penyu. Banyak kisah tentang penyu rupanya, sehingga ini sudah 100 muka surat berkaitan penyu, berjaya dikumpul. Beberapa cadangan judul juga sedang bermain di fikiranku.
PEN YOU, PENYU, PEN YU, PENY U, PENYU MENANGIS, SERANGAN PENYU, AJAIBNYA PENYU, KASIHAN PENYU, adalah antara judul dalam pilihan. Saya memang meminati karya bertemakan alam sekitar dan sains fiksyen. Mungkin juga nanti novel tersebut mengisahkan kehidupan penyu yang semakin pupus dan terancam, lalu mereka berpakat menyerang manusia. Manusia yang telah melakukan pencemaran terutama di laut sehingga menyebabkan mereka mati. Gambar ini memungkinkan segalanya novel yang akan datang. Mudah-mudahan. Mencabar diri sendiri memang teruja. Ahh!, watak ... watak... Pak Pen, Mak Nyu... sedang mengasak-ngasak minda separuh sedarku... hehe...InsyaAllah.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

3 comments

comments
01 Ogos, 2016 delete

Salam..rumah saya beberapa kilometer sahaja dengan Santuari Penyu...ahlan ke Terengganu.=)

Reply
avatar
02 Ogos, 2016 delete

Wah! seronoknya. Bolehlah Hawa kongsikan info tentang penyu, kesian penyu kannn. InsyaAllah, ada rezeki saya akan ke Santuari Penyu. Melihat dan merasai sendiri bagaimana penderitaan sang penyu.

Reply
avatar
02 Ogos, 2016 delete

Ada rezeki datang santuari tu bolehlah ambil pengalaman melepaskan penyu ke laut...tapi kena bayarlah. Tak ingat dah berapa RM seekor. Hihi.

Reply
avatar

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.