Kitar Semula Amalan Mulia : DEWAN SISWA JULAI 2016


MENULIS sudah tidak dapat dipisahkan daripada jiwaku. apa sahaja bahan yang menarik dan kufikir memberi manfaat, akan kucoretkan. Kali ini aku mahu menimbulkan kesedaran dalam kalangan masyarakat terutama remaja tentang kepentingan amalan kitar semula. Syukur, sebuah majalah remaja DEWAN SISWA, memberiku ruang untuk aku menyalurkan untaian hasrat hatiku mahu melihat mereka peka terhadap kesan amalan kitar semula. Terkadang, kita malu dengan taburan sampah sarap, lebihan sisa industri, sisa domestik yang tidak terurus. Tidak kurang kepada para pelajar di sekolah yang sangat liat mempraktikkan amalan kebersihan di persekitaran mereka. Aku tidak suka berleter panjang, Aku berniat baik, aku kutip sendiri sampah yang bersepah di sepanjang beranda sekolah, mahupun yang bersepah dalam kelas mereka. Mudah-mudahan dengan melakukan di hadapan mereka ada yang terdetik di hati mereka mahu mengikut jejakku mengamalkan persekitaran yang bersih dan mengamalkan kitar semula. Dengan tersiarnya artikel aku di DEWAN SISWA, aku dapat menyampaikan hasrat murniku dengan lebih meluas lagi ke seluruh pelosok tanah air tentang kebaikan, tentang faedah, tentang kepentingan amalan kitar semula.Klik sini:

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.