SAYEMBARA MENULIS CERPEN DAN SAJAK ANTIRASUAH 2016 DBPWS.

SAYEMBARA MENULIS CERPEN DAN SAJAK ANTIRASUAH 2016 DBPWS.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Niat untuk mengambil bahagian dalam sayembara penulisan tercapai juga. Sebagai pendidik, mencari masa untuk tekun dan fokus menulis adalah cabaran yang perlu ditempuh. Berjaya menghantar penyertaan kepada pihak penganjur sayembara sudah merupakan kejayaan. Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak ANTIRASUAH 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan aku layani dengan menyertakan sebuah puisi dan sebuah cerpen. Pegawai Perancang Bahasanya telah mengesahkan kiriman penyertaanku menerusi e-mel sebentar tadi. Ikutkan hati, tidak cukup menulis sebuah cerpen dan sebuah puisi. Namun begitu, itulah yang terdaya olehku. Tugas sebagai pendidik menuntut aku terus bersabar dalam melayani kegairahanku sebagai penulis. Tiada apa yang kuharapkan, berbohong juga jikalau kukatakan aku tidak mahu menang. Aku pasrah setelah menghantar kiriman penyertaan. Tema rasuah yang dipilih sebagai syarat penyertaan agak mencabar. Menulis cerpen mahupun puisi tentang rasuah bukan kerja mudah.

Sayembara Sajak Merdeka 2016

1- Sayembara Menulis 5 Sajak Merdeka 2016 Tema: Semangat Hijrah Jiwa Merdeka Terbuka kepada umum. Panel Penilai Khas. Panjang 30 baris ke bawah. Untuk 20 peserta terawal sahaja.Tutup pada 21 Ogos. Karya akan dibukukan. ilhamihisham@gmail.com tulis sabjek '5 Sajak Merdeka' 2- Himpunan 25 Artikel Motivasi BeTA Semangat Hijrah Jiwa Merdeka 25 Penulis. Tajuk dan format sendiri. Seorang 10 halaman A5. Buku saiz A5. 250 halaman. Harga jual RM25 sebuah. Ada ISBN. emel: ilhamihisham@gmail.com sabjek: HijrahMerdeka HP: 011-3271-4312

Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak Antirasuah 2016

Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak Antirasuah 2016
Anjuran DBP Wilayah Selatan dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Johor
Semua warga negeri Johor dan Melaka dipelawa untuk menyertai sayembara ini.
Tarikh tutup penyertaan pada 1 September 2016.
Tema: Mulianya Hidup Tanpa Rasuah