BANDAR UNIK DI TENGAH HUTAN

KAPIT, salah sebuah bandar yang pada masa ini hanya dapat dihubungi dengan jalan air iaitu Sungai Rejang. Lebih dikenali sebagai Batang Rejang dalam kalangan penduduk tempatan. Keunikan bandar yang dikelilingi hutan di tengah-tengan Borneo ini ditambah lagi dengan kewujudan spesis buah eksotik yang menjadi ikon dan kebanggaan penduduk tempatan.
Bandar unik, makanan pun unik. Memang suatu yang menarik. Buah dabai adalah antara daya tarikan penduduk bandar Kapit. Buah dabai hanya subur tumbuh di sekitar Kapit, Sibu dan Sarikei. Ada juga di kawasan lain tetapi tidak popular buah dabai yang datangnya dari Kapit. Nama saintifiknya ialah
Canarium odontophyllum daripada Famili : Burseraceae

Kerana kehebatan bandar dan khasiat maksimum buah dabai ini, seorang Profesor dari Jerman telah cuba membawa benih buah dabai untuk ditanam di suatu tempat yang tidak diketahui di Brazil. Lokasi tersebut dirahsiakan kerana mahu menguasai pasaran buah dabai di seluruh dunia. Dengan teknologi terkini Profesor Brown telah melenyapkan semua spesis buah dabai di bumi Sarawak. Dia berbuat demikian kerana telah terciptanya suatu formula bahawa buah dabai bakal menjadi makanan angkasawan. Kisah menarik ini terdapat dalam novel berjudul OPS DABAI karya Salleh Hashim.

Risalah Nestle tentang Penjagaan Kanak-kanak berusia 74 tahun!!!

RISALAH ini berusia 74 tahun!!! Lihatlah pula bagaimana Nestle pada masa sekarang bagaimana begitu jauh perbezaan kemajuan manusia capai. Saya masih menyimpan naskah yang mempunyai nilai sejarah ini 51 mukasurat lengkap. Menurut catatan pemilik asalnya risalah tentang penjagaan kanak-kanak ini dipesan daripada Singapura bertarikh 31.8.1941. Judul risalah /buku ini ialah KANAK-KANAK : SEBUAH BUKU BACAAN IBU

KISAH PELIK !

Antara buku terbaik yang pernah saya baca ialah Meja 17. Penulisnya Profesor Irwan Abu Bakar. Lebih menarik, buku Meja 17 ini hadiah daripada Profesor tersebut kepada saya. Antara kisahnya ialah....
                                                  HA HA HA HA HA HA HA...
Irfan dan Syima sedang makan-makan di restoran e-sastera di meja 17. Seorang ibu tua dan anak lelakiremaja menghampiri mereka. Menadah meminta. Siibu meraba-raba dipandiu si anak remaja. Irfan dan Syima kenal akan mereka kerana pernah jumpa malam sebelumnya.
       "Eh, tapi semalam, saudara yang buta dan ibu yang pandu," kata Irfan kepada si remaja.
       "Oh, malam ini kami tukar syif, bang," jawab anak itu selamba.

Jadilah Penulis...

Awak nak saya menulis novel ke...??? Saya ni bukan setakat tiada bakat dan minat malah ilmu penulisan novel pun tak ada...


Sebelum itu izinkan saya jelaskan dahulu bahawa secara umumnya terdapat dua jenis penulisan iaitu :
  1. Penulisan kreatif – Ini termasuklah penulisan bagi menghasilkan novel, cerpen dan sewaktu dengannya.
  1. Penulisan non-kreatif – Penulisan ini lebih mudah kerana ianya berbentuk informatif dan antaranya adalah seperti penulisan buku panduan, ebook, artikel, blog dan sebagainya.Awak nak saya menulis novel ke...??? Saya ni bukan setakat tiada bakat dan minat malah ilmu penulisan novel pun tak ada...
  2. Sabar... Kota Rom tidak dibina dalam satu hari...  :)