BANDAR UNIK DI TENGAH HUTAN

KAPIT, salah sebuah bandar yang pada masa ini hanya dapat dihubungi dengan jalan air iaitu Sungai Rejang. Lebih dikenali sebagai Batang Rejang dalam kalangan penduduk tempatan. Keunikan bandar yang dikelilingi hutan di tengah-tengan Borneo ini ditambah lagi dengan kewujudan spesis buah eksotik yang menjadi ikon dan kebanggaan penduduk tempatan.
Bandar unik, makanan pun unik. Memang suatu yang menarik. Buah dabai adalah antara daya tarikan penduduk bandar Kapit. Buah dabai hanya subur tumbuh di sekitar Kapit, Sibu dan Sarikei. Ada juga di kawasan lain tetapi tidak popular buah dabai yang datangnya dari Kapit. Nama saintifiknya ialah
Canarium odontophyllum daripada Famili : Burseraceae

Kerana kehebatan bandar dan khasiat maksimum buah dabai ini, seorang Profesor dari Jerman telah cuba membawa benih buah dabai untuk ditanam di suatu tempat yang tidak diketahui di Brazil. Lokasi tersebut dirahsiakan kerana mahu menguasai pasaran buah dabai di seluruh dunia. Dengan teknologi terkini Profesor Brown telah melenyapkan semua spesis buah dabai di bumi Sarawak. Dia berbuat demikian kerana telah terciptanya suatu formula bahawa buah dabai bakal menjadi makanan angkasawan. Kisah menarik ini terdapat dalam novel berjudul OPS DABAI karya Salleh Hashim.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.