ISU SEMASA

2 comments

comments
18 Mac, 2015 delete

Penjelasan GST berterusan elak kekeliruan – BH

Di mana-mana negara demokrasi, rakyatnya sering diheret dalam pelbagai pertikaian, khususnya yang berkaitan isu kepentingan awam. Isu kepentingan awam tidak dapat dipisahkan daripada pertikaian politik, ekonomi, sosial, agama dan pelbagai yang lain.

Ini bermakna, dalam apa juga isu, ia secara tidak langsung memberi kesan kepada masyarakat.

Di negara didiami masyarakat pelbagai kaum, kepentingan awam turut membabitkan isu kepentingan kaum dan agama. Kaum yang berasakan dipinggirkan dari segi hak dan kemudahan, akan bertindak mendapatkan sokongan pendapat bagi membela nasib mereka.

Umumnya, isu agama, kaum, pendidikan, status rakyat, bahasa, meritokrasi, pembahagian peruntukan dan pelbagai isu lain, sering menjadi topik perbincangan terbuka. Isu seperti ini diperbesarkan oleh mereka yang berkepentingan dengan tujuan mendapat sokongan rakyat.

Reply
avatar
19 Mac, 2015 delete

Kerajaan Johor umum 23 Mac Hari Kelepasan Am
JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor mengumumkan 23 Mac ini sebagai Hari Kelepasan Am negeri sempena Istiadat Kemahkotaan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar.

Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim, berkata bermula tahun ini juga Sultan Ibrahim berkenan cuti itu menggantikan Hari Keputeraan Johor yang jatu pada 22 November setiap tahun.

Katanya, sehubungan itu bermula tahun ini dan tahun berikutnya, 23 Mac akan dijadikan Hari Kelepasan Am negeri sebagai Hari Keputeraan Sultan Johor.

Reply
avatar

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.