ISI KARANGAN : AYAT PENEGASAN
KaranganAyat penegasan
Semua isi, huraian dan contoh wajar diberi suatu pengukuhan. Diberikan suatu baris ayat yang menjadi penegasan. Memberi penekanan betapa pentingnya isi tersebut kepada tajuk yang kita bincangkan. Penegasa adalah penting menjadi tunjang kekuatan sesebuah isi. Penulis mesti ikhlas mempertahankan hujahnya dengan ayat penegasan. Ayt penegasan boleh dijelmakan dalam pelbagai cara. Antaranya menerusi penanda wacana... Oleh itu... Jelaslah di sini bahawa.... Jadi....diikuti dengan ayat yang menyentuh isi utama, ayat judul, atau ayat topik adalah sangat berkaitan dengan apa yang kita bincangkan. Kembalikan semula pemikiran dan pembacaan pembaca kepada isi utama, ayat judul yang sedang kita bincangkan. Malahan kita boleh memberi penegasan dalam bentuk peribahasa... sudah terang lagi bersuluh...... seperti kata peribahasa......( masukkan peribahasa yang sesuai)... Tidak salah juga jika kita mengambil slogan sesuatu kempen atau isu sebagai menegaskan menguatkan lagi kepentingan isi yang kita bincangkan. Kerana Mu Malaysia... di sini lahirnya sebuah cinta... adalah antara slogan yang berkaitan yang boleh menjadi ayat penegas. Petikan kata tokoh juga boleh menjadi penguat kepada hujah kita. Kita ambil petikan kata tokoh yang berkaitan dengan isu yang kita bincangkan. Gunakan kredebiliti tokoh tersebut sebagai alat menyokong hujah kita.
ISI KARANGAN: AYAT CONTOH
KaranganAyat contoh
Setelah dihuraikan dengan nada dan kaedah yang sesuai, pembaca lebih berpuas hati dengan menikmati contoh yang dikemukakan. Contoh yang menyokong huraian dan isi yang dikemukakan. Pembaca akan rasa terhibur dan seronok dengan bukti yang dikemukakan. Bukti boleh disampaikan dalam bentuk eviden, angka, peristiwa, benda dan situasi yang digambarkan. Contoh sangat berkesan dalam memberi kefahaman kepada pembaca. Contoh tidak semestinya banyak. Dengan satu ayat, sudah cukup meyakin kan pembaca. Namun begitu, jika contoh yang dikemukakan banyak dan relevan denganhuraian, tentu pembaca lebih berpuas hati. Mengakui kebenaran huraian dan hujah utama yang sedang dikemukakan.
ISI KARANGAN: AYAT HURAIAN
KaranganAyat huraian
Menghuraikan, menjelaskan, menambah informasi pembaca daripada ayat topik tadi. Pembaca teruja hendak mengetahui apakah perkembangan selanjutnya daripada ayat topik tadi. Pembaca hendak melihat sejauhmana kebenaran, kekuatan hujah ayat topik tadi. Menerusi huraian yang panjang lebar akan membuka minda pembaca, mengakui, bersetuju dengan pendapat penulis karangan. Penulis harus menjadikan ayat huraian sebagai medan mengembangkan idea, menjelaskan ayat topik, ayat dasar yang ringkas. Pembaca akan melihat kebujaksanaan penulis menerusi ayat huraian. Ayat huraian boleh jadi hanya satu ayat, dua mahupun tiga ayat. Semuanya bergantung kepada bagaimana penulis merencanakan agar pembaca suka dan menghayati penjelasan tersebut.
ISI KARANGAN : AYAT TOPIK
KaranganSalah satu perkara yang sangat penting ialah isi karangan. Menurut piawai yang telah didiuar-uarkan setiap isi karangan sewajarnya mempunyai empat elemen penting. Elemen yang dimaksudkan ialah isi utama, ayat topik atau pun ayat judul. Kedua ayat huraian, ketiga ayat contoh dan elemen akhir ialah ayat penegasan. Gabungan ayat-ayat tersebut membentuk sebuah isi karangan.
Ayat topik
Ayat pertama dalam menyampai kan isi. Ayat yang menjadi dasar, asas dan pokok perbincangan. Ayat yang perlu dipertahankan demi tajuk yang kita pilih. Ayat yang paling dominan. Ayat yang menjadi fokus dalam perbincang lanjut dalam perenggan isi.Ayat ini ringkas tetapi mempunyai sambungannya yang lebih menarik. Jika tiada ayat topik, isi sesebuah karangan itu menjadi goyah.
PENDAHULUAN KARANGAN : 3
KaranganAda yang bertanya... menulis pendahuluan dengan menggunakan puisi. Menarik. Soalan yang bagus. Pada pendapat saya, menulis sesuatu dengan menggunakan puisi adalah lambang penulis tersebut seorang yang amat prihatin dan sangat teliti. Anda tentunya peminat penyair atau penyajak. Pastikan puisi yang anda turunkan adalah puisi sebenar daripada penyair tersebut. Jika anda memilih penyair seperti A Samad Said, puisinya berjudul Tetamu Senja sangat popular turut didendangkan oleh kumpulan Kopratasa. Jika anda memilih Sasterawan Negar Usman Awang, pastikan anda menghafal bait demi bait puisi beliau yang jika anda tersilap sedikit, pembaca akan mengesan kelemahan anda. Jangan lupa abadikan nama penulis puisi tesebut dalam pendahuluan anda. Tanda kita menghargai karya puisi beliau yang membolehkan kita menulis sebuah pendahuluan karangan dengan puisinya. Kalau boleh pilihlah sajak atau puisi yang segar dan puisinya relevan dengan tajuk karangan yang kita pilih. Jika memilih tajuk tentang alam sekitar, tentu penyairnya seperti Keindahan Yang Hilang oleh Shamsuddin Jaafar.
Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya. Begitulah antara bait puisi penuh kesedihan bertemakan pencemaran alam sekitar oleh penyair Shamsuddin jaafar tentang kerakusan sikap manusia yang menjadikan alam sekitar musnah di tangan mereka. Pencemaran alam sekitar bukan lagi sekadar polemic di atas dada akhbar semata-mata, justeru telah menjadi fenomena sehingga meragut nyawa. Hendak menulis puisi sendiri pada bahagian pendahuluan karangan. Silakan. Pastikan puisi anda asli dan menyentuh perasaan pembaca. Jika anda ragu-ragu, eloklah pinjam sahaja kekuatan maksud penyair yang sudah mampan. Mereka pasti berasa bangga puisi mereka dijadikan sandaran oleh para penulis lain.
Malam hiba dadanya ungu luka pungguk tersedu pilu di atas batu bulan tiada lagi mendandan wajah bintang malam pudar sinarnya. Begitulah antara bait puisi penuh kesedihan bertemakan pencemaran alam sekitar oleh penyair Shamsuddin jaafar tentang kerakusan sikap manusia yang menjadikan alam sekitar musnah di tangan mereka. Pencemaran alam sekitar bukan lagi sekadar polemic di atas dada akhbar semata-mata, justeru telah menjadi fenomena sehingga meragut nyawa. Hendak menulis puisi sendiri pada bahagian pendahuluan karangan. Silakan. Pastikan puisi anda asli dan menyentuh perasaan pembaca. Jika anda ragu-ragu, eloklah pinjam sahaja kekuatan maksud penyair yang sudah mampan. Mereka pasti berasa bangga puisi mereka dijadikan sandaran oleh para penulis lain.
Langgan:
Catatan (Atom)



