ULASAN CERPEN : Kancil, X-Trail dan Sebuah Bengkel ( Dewan Siswa September 2016)

JUDUL cerpen tersebut agak menarik. Memancingku untuk membuat ulasan setelah membacanya. Penulisnya Abang Median Abang Said. Nama penulis dalam majalah DS ini terlalu kecil dicetak. Aku pernah mengajukan hal ini kepada editor DS, namun begitu masih belum ada respons. Kesian si penulis, nama yang dicetak tenggelam dek kurangnya rasa penghargaan artis yang lebih mengutamakan ilustrasi hiasan cerpen tersebut. Cerpen ini mengisahkan seorang guru yang terperangkap dalam kesesakan lalu lintas di dalam kereta Kancilnya. Tiba-tiba enjin keretaburuknya itu berasap dan terus mati di tengah arus kereta yang menggila mahu pulang ke rumah masing-masing. Sebuah kereta berjenama X-Trail berhenti seakan mahu membantu, namun begitu hanya turun untuk memperli beliau. Malahan menyuruh beliau membeli kereta baharu sahaja. Hujan terus membasahi bumi Kuching, latar tempat dalam cerpen tersebut. Kenangan cikgu terhadap murid-muridnya bermain-main termasu juga yang baru sahaja turun dari X-Trail tadi. baru dia ingat itu bekas pelajarnya yang pandai dalam kelas. Tetapi tidak pandai pula berbudi bahasa ketika dia dalam kesusahan seperti itu. Muncul pula seorang lagi hamba Allah yang mengetuk tingkap kereta kancilnya. Kali ini menawarkan pertolongan mahu menunda keretanya ke bengkel yang tidak jauh dari situ. Cikgu tersebut tidak menolak pertolongan dalam situasi sedemikian. Hujan masih turun. Kereta siap di baiki, berkenalan dengan tuan punya bengkel, bekas muridnya juga, namun dahulunya pelajar yang nakal. " Berapa?"cikgu bertanya. "Tak perlu cikgu. Saya beri percuma."

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.