BUKAN SALAH SAYA...

Saya sampai di hadapan pejabat itu agak awal. Hal ini kerana saya sudah serik hadir lewat ke sesuatu majlis atau acara. Apatah lagi jika acara tersebut di Kuala Lumpur. Masa yang diambil oleh 'sesat' lebih lama daripada masa perjalanan saya dari rumah ke Kuala Lumpur.GPS? ada masanya kita tidak percaya pada sahabat zaman moden itu. Saya pun memakir mobil di tempat letak kereta yang disediakan. Dengan bertawakal saya naik ke aras 1 dan mendaftar diri sebagai peserta. Alhamdulillah saya antara peserta yang awal sampai. Jam 12.30 waktu makan tengah hari ,saya turun ke tempat saya parkir kereta untuk mengambil sesuatu.
Beberapa orang seperti marah-marah.
" Kereta siapa itu" tanya seseorang.
" Yang mana satu" saya membalas.
" Yang warna oren itulah" jawab orang itu.
" Kereta saya" saya menjawab jujur.
" Saya nak berniaga di situ" agak tinggi suara itu marah- marah.
"Oh,maafkan saya,saya tak tahu itu tapak tuan berniaga..."saya agak kesal.
"Sudah lama kah tunggu?"saya bertanya.
"Daripada jam 11 pagi tadi" suara itu masih bernada tinggi.
Dengan pantas saya menyetir mobil lalu keluar daripada parkir tersebut.
Saya mengangkat tangan tanda kesal,tetapi dibalas dengan wajah masam tuan punya perniagaan.
"Apa salah saya?"Hati saya menjerit sehingga sekarang jeritan itu masih menggema.


Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.