SAYEMBARA MENULIS CERPEN DAN SAJAK ANTIRASUAH 2016 DBPWS.

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah. Niat untuk mengambil bahagian dalam sayembara penulisan tercapai juga. Sebagai pendidik, mencari masa untuk tekun dan fokus menulis adalah cabaran yang perlu ditempuh. Berjaya menghantar penyertaan kepada pihak penganjur sayembara sudah merupakan kejayaan. Sayembara Menulis Cerpen dan Sajak ANTIRASUAH 2016 anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Selatan aku layani dengan menyertakan sebuah puisi dan sebuah cerpen. Pegawai Perancang Bahasanya telah mengesahkan kiriman penyertaanku menerusi e-mel sebentar tadi. Ikutkan hati, tidak cukup menulis sebuah cerpen dan sebuah puisi. Namun begitu, itulah yang terdaya olehku. Tugas sebagai pendidik menuntut aku terus bersabar dalam melayani kegairahanku sebagai penulis. Tiada apa yang kuharapkan, berbohong juga jikalau kukatakan aku tidak mahu menang. Aku pasrah setelah menghantar kiriman penyertaan. Tema rasuah yang dipilih sebagai syarat penyertaan agak mencabar. Menulis cerpen mahupun puisi tentang rasuah bukan kerja mudah.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

3 comments

comments
24 November, 2016 delete

Keputusan sudah diumumkan. Nama saya tiada dalam senarai pemenang. Kena kuat dan gigih lagi berusaha.

Reply
avatar
10 Disember, 2016 delete

Bagaimana mahu menyemak keputusan? Terima kasih

Reply
avatar
12 Januari, 2017 delete

Saudara Inamul Hassan, maaf lambat reply, saya dapat menyemak keputusan terus daripada DBP Wilayah Selatan. Mohon bertanya dengan Pegawai Perancang Bahasanya iaitu Puan Norhasleenda.

Reply
avatar

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.