PENDAHULUAN KARANGAN

MENULIS pendahuluan karangan memerlukan ilmu dan kemahiran yang tinggi. Jika anda ingin menjadikan karangan atau tulisan anda dibaca dengan penuh tekun oleh pembaca, anda harus menguasai teknik dan kemahiran menulis pendahuluan karangan. Jangan anggap kerja menulis pendahuluan seperi semudah memetik jari atau mengucapkan kata-kata magik lalu pendahuluan karangan anda. Cara paling mudah adalah dengan meniru sahaja beberapa jenis pendahuluan yang dipamerkan dalam banyak sumber di internet dan buku panduan menulis karangan. Meniru memang mudah dan menjadikan seolah olah anda seorang yang pandai. “Seolah-olah”. Anda sukakah dianggap sebagai seorang yang menciplak, meniru, tiada identititi, memakan hasil usaha orang lain tanpa bersusah payah. Tentu anda tidak mahu jadi begitu. Oleh hal yang demikian kita harus mengemukakan pendahuluan yang asli. Datangnya daripada usaha gigih dan keasliannya menjadi kan anda berpuas hati. Secara asasnya menulis pendahuluan karangan adalah seperti mencari pakaian terbaik untuk anda tampil di hadapan barisan penemuduga. Terbaik. Itu adalah hasil penulisan pendahuluan yang patut anda dapat. Jika pembaca membaca pendahuluan karangan anda, pembaca akan berkata WOW!! Tanpa dipaksa. Tandanya pendahuluan karangan anda berjaya!
RAHSIA 1 Jangan meniru Jangan menulis pendahuluan yang pernah anda baca atau anda hafal. Pembaca selalunya orang yang banyak membaca dan luas pengetahuannya. Jika anda mengemukakan pendahuluan seperti yang pernah dibacanya, tentu dia berasa tertipu dengan pendahuluan karangan anda. Meniru untuk belajar tidak mengapa. Asalkan jangan terus meniru sehingga kehilangan identiti diri.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.