sinopsis KABUS DI PERBUKITAN

SINOPSIS KESELURUHAN
Secara keseluruhan sinopsis cerita berkisar kepada pahit manis kehidupan watak utama novel iaitu FARIDAH sejak dilahirkan sehingga mempunyai keluarga sendiri. Faridah mempunyai kembar yang bernama Rahayu tetapi suratan Ilahi menentukan segala-galanya apabila Faridah terpisah daripada adik kembarnya itu gara-gara kesilapan yang dilakukan oleh bapanya bernama Kamarudin yang dikatakan menjadi punca perpisahan mereka. Kamarudin kemudiannya berkahwin dengan Hamidah.Takdir juga menentukan bahawa Faridah akan kehilangan Rahayu apabila dipertemukan untuk kali kedua.Rahayu mengidap barah paru-paru. Doktor mengesahkan bahawa dia hanya ada lebih kurang tiga bulan sahaja untuk terus hidup. Menerusi kimoterafi yang dijalani Rahayu mengalami kemerosotan fizikal. Dia mula meracau-racau malah sehingga mengalami pemikiran di bawah sedar. Pada masa yang sama Faridah pula mengalami kemalangan dan hilang ingatan. Ingatan kedua-dua beradik kember ini bertembung . Mereka bertemu di suatu alam yang sukar ditafsirkan. Malangnya pertemuan di alam nyata tidak kesampaian. Sebaik sahaja Rahayu meninggal dunia, Faridah pun sedar dari ingatannya. Malang berganda yang menimpa Faridah umpama jatuh ditimpa tangga apabila ibunya Salmah terlalu merindui arwah Rahayu sehingga membawa maut dan suaminya, Ghazali pula meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Takdir membawanya ke New Zealand apabila ditawarkan berkursus sebagai Community Services for Disable People selama enam bulan. Di sini hatinya terbuka untuk menerima lamaran seorang pemuda bernama Soleh Johnsons dan seterusnya dikurnia dua orang puteri (juga kembar) dan memutuskan untuk terus tinggal di sana membina keluarga bahagia. Melina dan Anne nama kembar tersebut.Setelah 25 tahun berlalu, pelbagai peristiwa sering datang bertamu dan akhirnya mempertemukannya semula dengan Azrul yang kini bergelar Datuk yang pernah menjadi buah hati arwah adiknya Rahayu. Mereka akhirnya dipersatukan apabila anak mereka berdua iaitu Anne dan Zain membina rumah tangga bahagia.Melina pula melaui suatu pengalaman yang menyedihkan apabila Benny suaminya keturunan arab dikehendaki polis kerana dikatakan terlibat dalam komplot militan agama. Namun masalahnya selesai apabila dia ditemukan semula dengan Benny dan bermastautin di Dubai. Kebahagian akhirnya menjadi milik Faridah apabila dia bersama-sama suaminya Soleh dan besannya Datuk Azrul merancang pembinaan agro pelancongan di Cameron Highlands. Sebenarnya walau pun hampir suku abad di rantau orang Faridah masih menyimpan kerinduan yang mendalam kepada kampung halaman dan jati dirinya di Sungai Besar. Dia terpaksa pergi sementara ke luar negara mencari cinta dan kedamaian yang akhirnya ditemui juga setelah menempuh pelbagai dugaan hidup. Faridah umpama karang yang teguh bertahan di tengah-tengah samudera yang mengganas. Hidup berkeluarga dengan wagra asing di negara asing tidak sesekali menghilangkan kemegahan dan jati diri sebagai seorang wanita Melayu Malaysia yang boleh dikatakan GLOKAL.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

6 comments

comments
01 Februari, 2011 delete

BAB 1
Selepas solat Subuh RAHAYU juga dekenali dengan panggilan Ayu mendapati ada sedikit kesan membengkak pada bahagian lehernya.Dia tidak begitu menghiraukannya. Rahayu seorang mahasiswa Universiti Pertanian malaysia bersahabat rapat dengan Azrul juga dari fakulti yang sama iaitu Fakulti ekologi Manusia.Azrul sangat aktif terlibat dengan Persatuan Pencinta Alam tidak berminat dengan dunia politik. Rahayu juga ingin turut aktif seperti Azrul namun penyakit asma yang dihidapinya menghalang dia berbuat demikian. Namun begitu mereka kerap bertemu menjalin hubungan hingga menjadi sepasang kekasih. Kini mereka bertemu di perpustakaan sama-sama mengulangkaji pelajaran. Ketika hendak ke bahagian Malaysiana Rahayu tiba-tiba terjatuh pengsan di lantai.
Dalam pada itu Faridah kembar kepada Rahayu sedang mengikuti program anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat di rumah Sri Berkat di Bukit Fresar.Faridah hendak bertolak ke Raub memandu van. Faridah bertugas dengan JKM sebagai sukarelawan mendidik dan mengasuh kanak-kanak istimewa down sindrom.salah seorang daripada kanak-kanak itu bernama Iqbal.semasa hendak bertolak ke Raub itu, Faridah melihat Iqbal bersama-sama Mastura sedang bermain bersama-sama. Faridah meninggalkan mereka sebentar di sana kerana mahu mengubah angin sebentar mengubat hatinya yang terluka kerana baharu sahaja mendapat berita yang dia putus tunang. Faridah begitu terkejut tidak berapa lama dalam van yang dipandunya tiba-tiba bahunya ditepuk dan disapa oleh Iqbal. Sedangkan dia sendiri melihat Iqbal bersama-sama pembantunya di rumah Sri Berkat tadi.akibatnya dia tertekan brek, lalu van yang dipandu tidak dapat dikawal. Van tersebut melanggar tembok penghadang jalan dan terus menjunam ke dalam gaung.
Faridah tidak sedarkan diri. Dia teringatkan kehidupannya sewaktu kecil bermain-main di sawah padi. Dia juga teringatkan ibunya Salmah.

Reply
avatar
01 Februari, 2011 delete

BAB 2
HILANG TANPA JEJAK
Salmah ibu kepada Faridah berada dalam keadaan sedih apabila mendapat berita kehilangan anaknya. Dia mendapat berita itu daripada mulut Ghazali pegawai Jabatan Kebajikan Zmasyarakat. Ghazali memaklumkan bahawa faridah hilang dalam kemalangan itu bersama-sama Iqbal murid down sindromnya. Penduduk kampung parit Tiga berkumpul beramai-ramai di rumah Salmah mengaminkan doa ke hadrat ilahi agar menjauhkan segala bahaya dan melindungi Faridah.
Ghazali bersama-sama sahabatnya Said turut serta meninjau tempat kemalangan Faridah dan Iqbal. Pihak polis, Jabatan Perhilitan, Pasukan Bomba dan penyelamat telah cuba mencari tetapi masih belum menemui mereka berdua. Pelbagai usaha dijalankan termasuk menggunakan khidmat penjejak Senoi Praak. Malahan cadanga menggunakan khidmat bomoh juga diutarakan. Ghazali dibawa oleh pihak polis melihat tempat kejadian. Van itu terperosok di bawah rimbunan rotan. Pelbagai andaian daripada pihak yang bertanggungjawab menjalankan operasi mencari dan menyelamat di situ. Ada yang mengandaikan Faridah mungkin dilarikan oleh komunis kerana menurut sejarah kawasan itu merupakan kawasan hitam ketika zaman dharurat dahulu. Tidak kurang juga menyatakan yang dia disembunyikan oleh orang bunian yang mungkin menjadi penghuni di kawasan tersebut.

Reply
avatar
01 Februari, 2011 delete

BAB 3
BERSARANG DI DALAM DADA
MEJAR (B) Kamarudin ayah kepada Faridah mendapat berita kehilangan Faridah daripada sahabatnya di kampung iaitu Cikgu Raduan. Cikgu Raduan memang selalu menjadi penyampai khabar dari kampung jika ada sesuatu yang berlaku di Kampung Sungai Besar kepada Kamarudin. Berita kehilangan Faridah diketahui oleh Kamarudin seawal jam 5 pagi apabila Cikgu Raduan menelefon kamarudin.
Kamarudin mengimbas kembali zaman mudanya bagaimana ketika itu atas kebodohannya meninggalkan Faridah dan salmah di kampung. Faridah masih kanak-kanak berusia 7 tahun ketika itu. Sebelum itu, Kamarudin bertemu jodoh dengan Salmah ketika Kamarudin yang berpangkat Leftenan di Kem Terendak Melaka. Mereka saling jatuh hati bertemu pandang pertama ketika Kamarudin bertandang di Chalet Seri Buana, Pengkalan Balak. Salmah bekerja sebagai penyambut tetamu di situ.
Sebenarnya ketika kamarudin menikahi Hamidah (isteri keduanya) dia tidak pernah memberitahu hamidah bahawa Rahayu anak yang dibawa bersama-sama tinggal bersama-sama Hamidah mempunyai kembarnya bernama faridah. Ketika berita yang disampaikan oleh Cikgu Raduan itulah terbongkarnya rahsia bahawa rahayu mempunyai saudara kembarnya di kampung. Hamidah bagaimana pun dapat menerima situasi dan keadaan Kamarudin ketika itu. Tidak banyak bicara dia mengizinkan Kamarudin berangkat mencari Faridah di Bukit Fraser.
Hamidah juga mengimbas kembali bagaimana dia boleh menjadi isteri kedua kepada Kamarudin.Hamidah sanggup menjadi isteri kedua Kamarudin, ketika itu Kamarudin yang masih kacak segak sebagai pegawai tentera bertugas di Pengkalan Hulu Perak. Daripada saat itulah salmah dan kamarudin terpisah begitu sahaja. Walau bagaimana pun kamarudin tidak sanggup berpisah dengan anaknya rahayu. Rahayu dibawa bersama-sama lalu dibesarkan bersama-sama dibawah naungan kasih ibu tirinya iaitu hamidah.
Semasa Kamarudin bertolak ke Bukit Fraser, hamidah menerima panggilan telefon daripada Universiti Pertanian Malaysia yang Rahayu sedang dirawat di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM). Hamidah bergegas ke HUKM melawat Rahayu. Setelah bertanya khabar dan berbual sebentar dengan rahayu, Hamidah ditemui oleh Dr. Susan yang bertanggungjawab merawat Rahayu di hospital itu. Dr. Susan sedang menjalankan ujian terhadap Rahayu sama ada benar yang Rahayu sedang mengidap kanser paru-paru. Hamidah perlu menandatangani beberapa dokumen mengikut prosedur rawatan. Memang terdapat beberapa tanda menunjukkan yang kanser itu sedang bersarang di dada Rahayu. Dalam pada itu Azrul tetap setia menemani Rahayu. Rahayu masih bersemangat ingin meneruskan pengajiannya.

Reply
avatar
01 Februari, 2011 delete

BAB 4
AIR MATA DAN RAMBUT YANG BERGUGURAN
AZLIN, jururawat yang menjaga Rahayu memberitahu Rahayu yang jiran katil Rahayu sudah meninggal dunia. Rahayu sekali lagi dilanda kesedihan dalam keadaan penyakit yang mencengkam dirinya semakin parah. Selain air matanya yang gugur, rambutnya juga gugur hanya tinggal beberapa helai rambut halus yang kian menipis. Dadanya terasa sakit dan berat.
Azlin menjadi teman penghibur Rahayu. Azlin membekalkan Rahayu dengan novel-novel untuk dibaca, melupakan sementara penderitaan yang dialami oleh Rahayu. Hamidah juga sentiasa berada di samping Rahayu. Walaupun hanya hamidah sebagai ibu tiri, Hamidah telah menumpahkan sepenuh kasih sayangnya terhadap Rahayu seperti anaknya sendiri. Hamidah memberitahu rahayu yang Kamarudin sedang berusaha membawa Ibu Salmah menemui Rahayu. Dalam pada itu rahayu terkenangkan zaman kanak-kanaknya bersama-sama emaknyay yang rajin membawa mereka ke pantai mengutip hidupan laut seperti lala dan kerang. Mereka juga kerap ke sawah.
Azlin yang rajin menemani rahayu masih sedia berkhidmat kepada rahayu. Rahayu hanya dijangkakan masih mempunyai jangka hayat kira-kira tiga bulan sahaja lagi. Dr. Susan mengesahkan perkara tersebut.

Reply
avatar
01 Februari, 2011 delete

BAB 5
BUKIT KUTU
FARIDAH pengsan selepas kemalangan van yang dipandunya itu terjunam ke dalam gaung. Iqbal turut sama menjadi mangsa kemalangan. Faridah ‘mengembara’ seolah-olah berada di dalam sebuah rumah milik orang putih Magistrate and Collector Tuan Cecil Renking. Faridah diawasi oleh Amah Siti yang menjaga makan dan pakainya. Faridah kehairanan dengan apa yang sedang dilaluinya. Suasana dii sekitarnya membuatkan dia berasa seperti berada pada zaman 40-an era P. Ramlee. Namun begitu menurut Amah Siti, Faridah kini berada di rumah yang dipanggil Smoke House di Bukit Kutu.
Perawakan Cecil Renking tidak seperti mat saleh. Bermisai tebal, rambutnya bergunting rapi. Hobinya menangkap rama-rama. Faridah masih keliru sama ada dia berada di alam nyata atau dia sudah sasau. Dia ‘terperangkap’ di situ. Menurut Cecil Renking, Faridah ditemui ketika Rombongan Penghulu Garang yang datang berkuda ke Bukit Kutu. Ketika itu faridah pengsan bersama-sama Iqbal yang terlena di sisinya. Faridah kembali pengsan setelah berbual sebentar dengan Iqbal.
Dalam masa yang sama Rahayu yang sedang tenat menunggu hari terakhirnya seolah-olah bertemu dengan faridah di suatu alam lain. Faridah merayu-rayu kepada Rahayusupaya menunjukkannya jalan pulang. Semasa itu Hamidah mendapati Rahayu teruk meracau-racau dalam tidurnya. Menurut Dr. Susan, mungkin itu sebagai kesan sampingan ubat dan proses kimoterapi yang dialami oleh Rahayu.
Setelah dijelaskan kepada Dr. Susan yang Rahayu mempunyai kembar dan rahayu mungkin sangat rindu akan kembarnya itu, Dr. Susan tidak menafikan bahawa Rahayu sedang mengalami suatu transaksi di bawah sedar iaitu telepati. Hamidah mengeluh mengenangkan ke manakah menghilangnya Faridah.

Reply
avatar
04 Januari, 2013 delete

erm sinopsis untukbab 14 takde ker?? :/

Reply
avatar

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.