Sasterawan Negara Usman Awang

 
al- Fatihah...sajaknya Ke Makam Bonda, Guru Oh Guru, penyair yang sederhana dalam menyampaikan ketegasan terhadap soal kemanusiaan. Indahnya bahasa yang disusun.Saya pernah mendengar dia mendeklamasikan sajaknya, lembut , segar, penuh makna tanpa menjerit, suara kemanusiaannya di dengar ke seluruh pelosok alam.

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepalang ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


Posted by Picasa

apabila anak-anak beraksi

 
kreativiti pelukis, imaganasinya tidak terduga oleh kita, memang berbaloi jika kita memiliki kemahiran melukis, anugerah Tuhan yang perlu diaplikasi ke arah yang positif. aku memang suka menempel, tapi juga penuh kesenian, bukan sebarangan tempelan.
Posted by Picasa

Potret

 

Saya meminati kedua-duanya... lukisan potretnya dan orang yang dipotret itu..A. Samad Said katanya...kita datang ini hanya sebagai tetamu senja, bila cukup detik kita kembali kepadanya, kita datang ini kosong tangan kosong dada, bila pulang nanti, bawa dosa bawa pahala...
Posted by Picasa

Aliran Realisme

 


Keindahan ciptaan Tuhan, diabadikan di atas kanvas. Pada pandangan saya lukisan realisme ini memang cantik dan penuh kehalusan dan keindahan.
Posted by Picasa

PERKEMBANGAN SENI VISUAL
Terdapat kepercayaan bahawa pengembara- pengembara Eropah dan Inggeris telah meminta pelukis-pelukis negeri-negeri Selat yang berketurunan Cina atau Melayu untuk melukis gambaran kehidupan tempatan yang bermotifkan flora dan fauna. Ini disebabkan oleh minat mereka atau sebagai rekod sejarah. Lukisan-lukisan dan catan-catan tersebut banyak ditempah oleh pegawai-pegawai Syarikat Hindia Timur yang ditempatkan di Malaya.

Pihak Inggeris telah memperkenalkan genre lukisan/ catan lanskap dalam aliran Realisme, zaman Pre-Raphelites, Turner dan Constable. Ini telah berterusan sehingga abad ke 19 apabile Seni Eropah terutamanya Seni Perancis mula memberi kesannya kepada seluruh rantau dengan pergerakan-pergerakan seni seperti aliran Impresionisme, Kubisme, Surealisme, Futurisme dan Konstruktivisme.