Diari Lama (SMahadzir) Antologi Kasut Kelopak Jantung

Diari Lama
Maksud
Rangkap 1

Penyajak telah menemui sebuah diari lama yang sarat dengan kisah perjuangan. Perjuangan penuh dengan kisah sedih, namun tidak dapat mengatasi penderitaan yang dialami oleh penulis diari tersebut

Rangkap 2
Penyajak kini cuba menyerapkan semangat perjuangan dari diari tersebut ke dalam jiwanya dan jiwa anak-anak muda. Negara kini telah merdeka hasil perjuangan pejuang masa lampau. Saban tahun hari kemerdekaan disambut penuh riang dibayangi rasa hiba. Namun begitu di Dataran Merdeka menyaksikan perarakan gagah barisan anak-anak Malaysia. Mereka kini semakin berani menempuh pelbagai rintangan dan cabaran mendatang. Mereka yakin bahawa negara tercinta bakal aman sentosa sampai bila-bila.

Tema
Memperingati jasa pejuang kemerdekaan tanah air dan semangat tersebut diterapkan dalam kalangan generasi muda

Persoalan
1. memeperingati jasa pejuang menerusi catatan sejarah (diari)
2. perjuangan penuh dengan kesedihan dan penderitaan
3. menyemai semangat cinta akan negara dalam kalangan generasi muda
4. kemeriahan sambutan hari kemerdekaan

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.