Cikgu sayang pelajar yang macam mana?

1. Mudah mengucapkan salam. Pelajar yang rajin memberi salam kepada guru akan sentiasa mendapat perhatian istimewa daripada guru. Hal ini kerana guru juga manusia biasa seperti orang lain, mahu bersama-sama pelajar dalam masyarakat sekolah. Jika seseorang guru tidak pernah disapa atau diberi salam mesti ada sesuatu yang tidak kena dengan guru itu. Pelajar yang selalu mengucapkan salam yang beragama Islam, ucapan selamat sejahtera bagi yang bukan beragama Islam menyebabkan guru itu menjawab lalu memandang ke wajah pelajar tersebut, lebih kerap dia memandang wajah pelajar itu, lebih kuat ingatan guru tersebut terhadap pelajar itu. Jika ada sesuatu peluang untuk menyertai sebarang aktiviti, wah...tentu cikgu akan merakam semula wajah pelajar yang mesra dan kerap memberi salam tadi. tentu pelajar itu menjadi pilihan utama berbanding pelajar yang melarikan diri apabila bertembung dengan guru.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.