BAHASA MALAYSIA SPM (Contoh soalan dan jawapan)


SET SPESIMEN SPM
Soalan Klon SPM 2009

Lihat gambar di atas dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang cara-cara mengatasi masalah merokok dalam kalangan orang ramai. Panjangnya huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Contoh jawapan
Rangka jawapan:

Pendahuluan
Ketagihan merokok menjadi punca utama mengapa orang ramai merokok – amat sukar membuang ketagihan – memerlukan kekuatan dalaman, strategi berkesan – berjuta-juta ringgit musnah kerana amalan buruk merokok – walau pun pelbagai kempen dilaksanakan .

Isi-isi pentng

Memastikan tidak memulakan amalan merokok- jangan sesekali membenarkan ahli keluarga atau anak-anak merokok kerana jika sudah bermula, memang sukar untuk berhenti – ibu bapa, guru, ketua masyarakat mesti bekerja keras menasihati anak-anak supaya jangan mula merokok- mencegah lebih baik daripada merawat.

Peranan media massa – tidak putus asa memberitahu orang ramai bahawa amalan merokok membawa keburukan , perbaharui cara dan teknik mempengaruhi minda supaya tidak merokok – dokmentari, poster, risalah, rencana, iklan yang memberi kesan positif-media massa menjadi teras kerana banyak masa orang ramai dihabiskan bersama-sama media terutama televisyen dan radio.

Peranan pihak kerajaan – menaikkan harga rokok ke peringkat lebih tinggi – harga 30 sen sebatang masih terlalu murah – remaja masih dapat membeli sebatang dua rokok melepaskan ketagih – minimumkan harga sehingga RM 1.00 supaya memberi kesan kepada ekonomi perokok. Perokok akan berfikir banyak kali untuk ‘membakar’ seringgit setiap kali merokok.

Penutup
Bulan puasa menjadi medan terbaik perokok menanam azam berhenti terus merokok –kesan buruk merokok mesti selalu dipamerkan – amalan yang buruk membawa kesan buruk kepada diri, keluarga, masyarakat, dan imej negara.

Kongsi Info

Entri Berkaitan

Previous
Next Post »

Terima kasih, komen anda sangat dihargai.