ISI KARANGAN : AYAT PENEGASAN

Ayat penegasan Semua isi, huraian dan contoh wajar diberi suatu pengukuhan. Diberikan suatu baris ayat yang menjadi penegasan. Memberi penekanan betapa pentingnya isi tersebut kepada tajuk yang kita bincangkan. Penegasa adalah penting menjadi tunjang kekuatan sesebuah isi. Penulis mesti ikhlas mempertahankan hujahnya dengan ayat penegasan. Ayt penegasan boleh dijelmakan dalam pelbagai cara. Antaranya menerusi penanda wacana... Oleh itu... Jelaslah di sini bahawa.... Jadi....diikuti dengan ayat yang menyentuh isi utama, ayat judul, atau ayat topik adalah sangat berkaitan dengan apa yang kita bincangkan. Kembalikan semula pemikiran dan pembacaan pembaca kepada isi utama, ayat judul yang sedang kita bincangkan. Malahan kita boleh memberi penegasan dalam bentuk peribahasa... sudah terang lagi bersuluh...... seperti kata peribahasa......( masukkan peribahasa yang sesuai)... Tidak salah juga jika kita mengambil slogan sesuatu kempen atau isu sebagai menegaskan menguatkan lagi kepentingan isi yang kita bincangkan. Kerana Mu Malaysia... di sini lahirnya sebuah cinta... adalah antara slogan yang berkaitan yang boleh menjadi ayat penegas. Petikan kata tokoh juga boleh menjadi penguat kepada hujah kita. Kita ambil petikan kata tokoh yang berkaitan dengan isu yang kita bincangkan. Gunakan kredebiliti tokoh tersebut sebagai alat menyokong hujah kita.

ISI KARANGAN: AYAT CONTOH

Ayat contoh Setelah dihuraikan dengan nada dan kaedah yang sesuai, pembaca lebih berpuas hati dengan menikmati contoh yang dikemukakan. Contoh yang menyokong huraian dan isi yang dikemukakan. Pembaca akan rasa terhibur dan seronok dengan bukti yang dikemukakan. Bukti boleh disampaikan dalam bentuk eviden, angka, peristiwa, benda dan situasi yang digambarkan. Contoh sangat berkesan dalam memberi kefahaman kepada pembaca. Contoh tidak semestinya banyak. Dengan satu ayat, sudah cukup meyakin kan pembaca. Namun begitu, jika contoh yang dikemukakan banyak dan relevan denganhuraian, tentu pembaca lebih berpuas hati. Mengakui kebenaran huraian dan hujah utama yang sedang dikemukakan.

ISI KARANGAN: AYAT HURAIAN

Ayat huraian Menghuraikan, menjelaskan, menambah informasi pembaca daripada ayat topik tadi. Pembaca teruja hendak mengetahui apakah perkembangan selanjutnya daripada ayat topik tadi. Pembaca hendak melihat sejauhmana kebenaran, kekuatan hujah ayat topik tadi. Menerusi huraian yang panjang lebar akan membuka minda pembaca, mengakui, bersetuju dengan pendapat penulis karangan. Penulis harus menjadikan ayat huraian sebagai medan mengembangkan idea, menjelaskan ayat topik, ayat dasar yang ringkas. Pembaca akan melihat kebujaksanaan penulis menerusi ayat huraian. Ayat huraian boleh jadi hanya satu ayat, dua mahupun tiga ayat. Semuanya bergantung kepada bagaimana penulis merencanakan agar pembaca suka dan menghayati penjelasan tersebut.

ISI KARANGAN : AYAT TOPIK

Salah satu perkara yang sangat penting ialah isi karangan. Menurut piawai yang telah didiuar-uarkan setiap isi karangan sewajarnya mempunyai empat elemen penting. Elemen yang dimaksudkan ialah isi utama, ayat topik atau pun ayat judul. Kedua ayat huraian, ketiga ayat contoh dan elemen akhir ialah ayat penegasan. Gabungan ayat-ayat tersebut membentuk sebuah isi karangan. Ayat topik Ayat pertama dalam menyampai kan isi. Ayat yang menjadi dasar, asas dan pokok perbincangan. Ayat yang perlu dipertahankan demi tajuk yang kita pilih. Ayat yang paling dominan. Ayat yang menjadi fokus dalam perbincang lanjut dalam perenggan isi.Ayat ini ringkas tetapi mempunyai sambungannya yang lebih menarik. Jika tiada ayat topik, isi sesebuah karangan itu menjadi goyah.

PENULISAN ISI KARANGAN

MENULIS ISI KARANGAN APA yang lebih menarik selain pendahuluan karangan yang memumukau perhatian pembaca? Tidak lain ialah isi karangan tersebut. Isi karangan merupakan otak kepada tubuh badan sesebuah karangan. Isi karangan menjadi enjin yang menjana karangan seseorang itu enak dibaca, menarik untuk dibincangkan, atau menjadi bahan ejekan oleh pembaca. Oleh hal yang demikian setiap isi karangan perlu digarap dengan sebegitu rupa agar mendapat ukuran terbaik pada pendapat pembaca. Pembaca mempunyai hak untuk meninai hasil tulisan kita. Jika hasil tulisan kita mencetuskan idea lain yang baharu, membawa gagasan yang menarik untuk dibincangkan dan menyebabkan pembaca berfikir lebih jauh pastilah karangan kita itu berkualiti. Ada sesuatu yang hendak diketengahkan. Tak usah pergi jauh, kemanakah perginya hasil tulisan kita selama ini? Adakah hanya tinggal sepi di dalam laci, atau hilang dibawa angin, atau menjadi teteamu di dalam bakul sampah? Dengan melihat kembali hasil tulisan karangan kita tentu kita lihat sejauh mana nilai karangan kita.