Basikal dan kehidupan

 

Hobi baharu yang sudah lama diidamkan. Sewaktu kecilku, aku pernah diasuh oleh abah membaiki basikal di bawah rumah. Abah ketika itu mengambil upah menampal tiub basikal penduduk kampung yang bocor. Upahnya dua puluh sen sahaja. apabila mereka datang mahu menampal tiub basikal, abah akan mengepam ain pada tiub secukupnya. Kemudian tiub itu direndam ke dalam air untuk mengesan di manakah tempat yang bocor. Caranya jika ada kebocoran akan keluar gelembung atau buih kecil dan jelas kelihatan di dalam air tersebut. ambil lidi penyapu yang halus, tusuk ke tampat yang bocor tadi sebagai penanda tampat untuk di tampal.Keluarkan angin. Tiub menjadi kempis, memudahkan kerja seterusnya. Menggosok tempat yang bocor itu dengan kertas pasir supaya menjadi kasar dan mudah dilekatkan dengan tiub lain yang telah dipotong-potong sama ada berbentuk segi empat atau bulat. Ambil gam khas basikal.Jika kehabisan gam itu, kami menggunakan getah yang ditoreh daripada pokok getah. sapu rata pada tempat bocor yang telah digosok dengan kertas pasir.tampalkan dengan penampal segi empat tadi. Selesai kerja menampal. Masukkan kembali tiub ke dalam tayar basikal. Isi angin pastikan tiada kebocoran. Selesai. Kini abah sudah meninggal dunia. Alfatihah untuk abah.
Posted by Picasa