CONTOH SOALAN NOVEL DI HADAPAN PULAU dan PUTERA GUNUNG TAHAN






Jawab kedua-dua soalan di bawah. Jawapan anda hendaklah berdasarkan novel-novel
yang berikut.

(i) Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said

(ii) Putera Gunung Tahan karya Ishak Hj. Muhammad



LATIHAN 1:

(a) Berdasarkan salah satu novel yang anda pelajari, berikan sebab-sebab perwatakan watak utamanya menarik perhatian anda. [7 markah]

(b) Bandingkan nilai kerjasama yang terdapat dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]

LATIHAN 2:

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kesesuaian judul novel tersebut dengan isi ceritanya.
[7 markah]
(b) Bandingkan perwatakan watak utama dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]

LATIHAN 3:

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan pengorbanan watak utama dalam novel tersebut.
[7 markah]

(b) (b) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan pengorbanan watak utama dalam novel tersebut.
[8 markah]

LATIHAN 4:

(a) Nilai bertanggungjawab sering ditonjolkan oleh penulis dalam karya mereka. Huraikan nilai tanggungjawab dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah]

(b) Buat perbandingan tentang nilai-nilai kemanusiaan yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji.
[8 markah]


LATIHAN 5:

(a) Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan kepincangan-kepincangan yang berlaku dalam masyarakat dalam novel tersebut.
[7 markah]
(b) Huraikan persoalan-persoalan hidup manusia yang diketengahkan oleh pengarang dalam dua buah novel yang anda pelajari .
[8 markah]



LATIHAN 6

(a) Terdapat banyak peristiwa yang boleh memberi keinsafan kepada para pembaca dalam novel-novel telah yang dihasilkan oleh pengarang. Berdasarkan novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa tersebut.
[7 markah
[7 m
(b) Huraikan pengajaran yang terdapat dalam dua buah novel yang anda kaji .

[8 markah]

LATIHAN 7

(a) Nilai ketabahan sering dipaparkan dalam sesebuah novel.
Huraikan dua nilai ketabahan yang terdapat dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah
(b) Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan latar-latar tempat yang terdapat dalam novel tersebut.
[8 markah]


LATIHAN 8

(a) Terdapat pelbagai peristiwa yang berjaya mengembangkan jalan cerita dalam sesebuah novel.
Huraikan dua peristiwa pada permulaan novel yang telah anda pelajari.
[7 markah


(b) Pengarang banyak memaparkan nilai murni dalam novelnya. Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, bandingkan nilai keberanian dalam novel tersebut.
[8 markah]

LATIHAN 9


(a) Terdapat peristiwa dalam sesebuah novel yang memberikan kesan positif kepada
pembaca. Huraikan dua peristiwa tersebut dalam novel yang anda kaji.

[7 markah]

(b) Bandingkan nilai taat kepada agama dalam dua buah novel yang telah anda kaji.
[8 markah]
LATIHAN 10

(a) Kejayaan sesebuah novel menarik hati pembaca banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh watak utamanya .
Nyatakan peranan watak utama novel yang anda kaji .
[7 markah]


(b) Setiap novel mempunyai nilai-nilai murni yang tertentu.
Huraikan beberapa persamaan nilai murni yang terdapat dalam kedua-dua buah novel tersebut.
8 markah]


PARA pelajar yang disayangi, anda boleh cuba menjawab soalan soalan di atas, tuliskan jawapan ke dalam buku nota anda.Hantar kepada saya pada masa yang sesuai.

DI HADAPAN PULAU (CARA SAYA)




mengkaji novel


Di Hadapan Pulau
Oleh: A. Samad Said
Tingkatan 4






Menghargai Penulis Novel Di Hadapan Pulau

A. Samad Said, atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhamed Said dilahirkan pada 9 April 1935 di Kampung Belimbing dalam, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berusia enam bulan , keluarganya berpindah ke Singapura. Di Singapuralah A. Samad Said membesar, dan seperti kanak-kanak yang lain, memasuki alam persekolahan.
Zaman persekolahan bagi A. Samad Said, ialah kelompok “dunia indah kedua”. Sebagai pelajar yang termasuk dalam golongan pintar, A. Samad Said selalu diminta guru mengetuai aktiviti membaca di dalam kelas. Bagi seorang pelajar sepertinya, hal ini sesuatu yang membanggakan. Walau bagaimamapun, dunia indah ini tidak kekal lama apabila Singapura dihujani bom, dan terbabit secara langsung dalam kemelut Perang Dunia Kedua.
Keperitan melalui zaman perang meninggalkan kesan yang mendalam terhadap diri A. Samad Said. Selain buku ini , Salina (1961) dan Lantai T.Pinkie (1997) adalah antara karya penting A. Samad Said yang juga berlatarbelakangkan zaman perang. Kedua-dua karya ini mendapat sambutan yang cukup hebat daripada pembaca.
Penulis yang prolifik dan cukup dihormati dihormati ini menerima pengiktirafan sebagai pejuang sastera (1976), penerima SEA Write Award (1979), penerima Anugerah Sastera Negara (1985), penerima anugarah ASEAN (1989), dan pelbagai anugerah lain. Pada tahun 1996, A. Samad Said dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka oleh Kerajaan Negeri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Di mana saya jumpa maklumat di atas?
......................................................
..................................................

Cuba 1: Gunakan buku teks Novel Di Hadapan Pulau.
Salin semula.Lengkapkan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai.

A. Samad Said, atau nama sebenarnya ___________________ dilahirkan pada 9 April 1935 di _______________________, Durian Tunggal, Melaka. Semasa berusia enam bulan , keluarganya berpindah ke _________. Di Singapuralah A. Samad Said membesar, dan seperti kanak-kanak yang lain, memasuki alam persekolahan.
Zaman persekolahan bagi A. Samad Said, ialah kelompok “dunia indah kedua”. Sebagai pelajar yang termasuk dalam golongan pintar, A. Samad Said selalu diminta guru mengetuai aktiviti _______ di dalam kelas. Bagi seorang pelajar sepertinya, hal ini sesuatu yang membanggakan. Walau bagaimamapun, dunia indah ini tidak kekal lama apabila Singapura dihujani bom, dan terbabit secara langsung dalam kemelut Perang _____ _____.
Keperitan melalui zaman perang meninggalkan _____ yang mendalam terhadap diri A. Samad Said. Selain buku ini , ______ (1961) dan ______________ (1997) adalah antara karya penting A. Samad Said yang juga berlatarbelakangkan zaman perang. Kedua-dua karya ini mendapat sambutan yang cukup hebat daripada pembaca.
Penulis yang prolifik dan cukup dihormati dihormati ini menerima pengiktirafan sebagai Pejuang Sastera (1976), penerima SEA Write Award (1979), penerima ___________________ (1985), penerima anugerah ASEAN (1989), dan pelbagai anugerah lain. Pada tahun 1996, A. Samad Said dianugerahi Darjah Mulia Seri Melaka oleh Kerajaan Negeri _______ yang membawa gelaran Datuk.

markah
10














Cuba 2. Memahami, menghayati.

1. Siapakah penulis novel Di Hadapan Pulau?
Penulis novel Di Hadapan Pulau ialah..........................................................................................................................

2. Tuliskan nama dua tempat penulis novel Di Hadapan Pulau membesar

................................................................................................................................................................................................................................................................................................

3. Apakah aktiviti yang sangat membanggakan beliau semasa di bangku sekolah?

................................................................................................................................................................................................................................................................................................

4. Senaraikan dua buah karya beliau yang mendapat sambutan hebat daripada pembaca

................................................................................................................................................................................................................................................................................................

5. Senaraikan beberapa pengiktirafan yang diterima oleh penulis novel Di Hadapan Pulau
Bil. Pengiktirafan/anugerah Tahun

















markah
11












Cuba 3
Ingat yang penting-penting.

A. Samad Said 9 April 1935 Melaka Singapura
Sekolah Dunia indah kedua Pintar Membaca Bom
Perang Dunia Kedua Keperitan Kesan Salina Lantai T.Pinkie
Zaman perang Pejuang Sastera SEA Write Award Darjah Mulia Seri Melaka Datuk


ASS 9 A 1935 MKA SPU
SCH DIK PIN BACA BOM
WW2 PERIT KESAN SALINA LANTAI
WAR PEJUANG SEA DMSM DATUK



Tulis semula






Tulis sekali lagi





Tulis dalam bentuk ayat lengkap dan gramatis:
...............................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
markah
10




SASTERAWAN NEGARA A.SAMAD SAID













BAB SATU

LAUT di hadapannya tidak lagi sebuas petang semalam. Riak-riak atau gelombang kecil di petang yang tenang itu menenangkan hatinya. Tiga buah sampan terayun-ayun di hadapannya. Terlalu rapat sehingga kiuknya kadang-kadang membingitkan juga. Aziz suka melihat laut dan melihat sampan yang tenang. Tetapi tidak demikian selalunya; semalam laut petang yang bergelora menakutkannya, mengingatkannya kepada ayahnya yang baru saja dua bulan meninggal dunia, dan mengenangkan pula ibunya yang tak pernah ditemuinya . Dia hanya tahu dia mempunyai seorang adik di kampung, tapi dia tidak pernah menjumpainya. Mak ciknya hanya berjanji saja. Soalnya, dia senang juga dengan janji, lagi pula apa yang dapat diharapkannya dari mak cikny aitu saja sudah memadai, fikirnya. Dan lambat laun dia sendiri terpaksa membuat sesuatu, mencari pekerjaan, turut memikul beban hidup.
Sesudah lama memerhatikan laut yang tenang, dia memerhatikan pulau kecil di hadapannya. Terlalu kecil pulau tersebut, dan terlalu besar pula harapannya untuk menjejakkan kaki ke pulau tersebut. Tuk Marzuki, datuk Afidah pernah berjanji untuk membawanya ke pulau tersebut . Tidak ada apa-apa sebenarnya, katanya. Tidak begitu pula yang didengarnya daripada kanak-kanak lain. Lazim memberi tahu di pulau tersebut ada seorang pertapa;sementara Razip pula memberitahu yang tinggal di situ ialah seorang Jakun yang mempunyai beberapa kesaktian. Badar dan Masinah selalu mentertawakan saja, tapi mereka tidak pula menidakkannya.Aziz sendiri sedapat-dapatnya tidak mahu mempercayainya kalau boleh ( dan arwah ayahnya pernah menengkingnya kerana mempercayai sedemikian ), tapi wajah orang pertapa dan orang Jakun itu semakin hari semakin membentuk. Di Waktu malam, ketik adia tidak lena tidur kerana mendengar bunyi burung hantu, wajah orang pertapa dan orang Jakun ini akan membekas. Dia takut, tapi dia tidak mahu memberitahu makciknya.
Petang itu Razip baru saja beredar dari situ bersama Lazim.Badar janji akan datang,tapi masih tidak datang juga. Masinah khabarny ake bandar mengikut ayahnya. Setidak-tidaknya Afidah datang pun cukuplah. Dia ingin bercakap, begitulah dirasakan. Dia memerhatika perahu yang hampir terhantuk sesama sendiri dan membiarkan khayalannya ke pulau kecil di hadapannya. Kononnya dia mendarat di pulau tersebut, dan tiba-tiba menemui orang pertapa itu. Dia dibawa ke sebuah gua yang penuh khazanah harta.Dia dijemput mengambil sebanyak-banyaknya. Tiga karung atau kampit yang disandangnya segera diisi.
“Mengelamun apa?” tiba-tiba dia ditegur, lalu tersentak. Tidak ada lagi khazanah karun di hadapannya, dan dia tidak jug adi pulau yang dikhayalkannya itu.
“Mengelamun apa?” tany aTuk Marzuki, tersenyum sedikit.
“tidak ada apa-apa,” jawabnya.
“Kau percay aakan lazim, cakap Razip?”
“Tidak,” jawabny awalaupn dia semakin percaya.
“Jangan percaya, kata Tuk Marzuki, dan berjanji lagi seperti biasa.”Nanti aku bawa kau sendiri ke sana.”
“Bila?”
Orang tua itu terdiam. Dia memerhatikan Aziz yang mengerbang rambutnya ditiup angin. Dia kasihan melihat kanak-kanak yang tidak saja sudah kehilangan ibuny asejak kecil, dan kini kehilangan ayahnya dua bulan lalu. Kanak-kanak begini , fikirnya, sentiasa berkhayal, mancari hiburan dengan caranya sendiri. Tidak mustahil dia ingin mencari sesuatu yang dapat menggantikan ibu dan ayahnya di pulau tersebut, fikirnya.
“Bila?”
Tuk Marzuki pula yang terkejut.”Emmmm,” katanya mencari-mancari jawapan yang lebih sesuai dan munasabah.
“Emmmmmm...”
“Besok?”
“Besok?”
“Ya, besok,besok,” kata Aziz penuh harap.
Tuk Marzuki teragak-agak menjawabnya. “Nan... nanti...”
“Besok. Bawa saya dengan Fidah sekali,” kata Aziz, matanya bersinar-sinar terlalu mengharap.
“Tengoklah cuaca. Tengok pula kalau-kalau ada sampan ...”
“Cuaca baik. Tengok hari ini ...”
“Hari ini memangnya baik,” kata Tuk Marzuki merasa ada alasannya sekarang untuk berdalih sementara.
“Hari ini baik, besok tentu baik juga ...”
“Itu kata engkau ...”
“betul-betul ...”
“Jangan susah, bila tiba masanya aku akan bawa. Jangan susah,” kata Tuk Marzuki semakin merasa kuat alasannya untuk berdalih.
Tiba-tiba wajah Aziz muram semula. Dia melihat ombak-ombak kecil yang tenang. Tiga buah sampan yang berkiuk mengusik hatinya sama. Tidak ada alasan bagi Datuk Marzuki untuk berjanji saja, fikirnya dalam hati. Tapi mustahillah pula orang tua itu akan berjanji saja terus menerus. Dia bukan orang sembarangan , fikirnya dalam hati. Kata beberapaa orang di situ , di aorang sejarah. Dia pernah bercerita tentang orang –orang Portugis membakar kapal-kapal pedagang Islam di pelabuhan melaka pada tahun 1511. Dia pernah juga bercerita bagai mana hulubalang-hulubalang Melayu menentang Portugis dengan hanya menggunakan lembing, panah, keris dan sumpitan; Portugis menggunakan meriam.
Orang yang tahu sejarah sejauh itu tidak akan berjanji saja., fikir Aziz, cuba menenangkan hatinya. Dia tahu satu hati orang tua itu tetap akan membawanya ke pulau yang ingin sangat disaksikannya sendiri. Tidak peduli sama ada orang pertapa ataupun orang jakun di situ. Dia hanya ingin menjejakkan kainya di pulau tersebut, walaupun dia tidak tahu apa yang akan dilakukannya selepas itu. Sudah beberapa kali dia memberitahu Afidah supaya memujuk datuknya membawa mereka ke pulau tersebut. Datuk memang tetap sayangkan cucunya, apalagi Afidah Cuma cucu tunggalnya.
Jangan risau, Ziz, jangan risau,” Afidah pernah menenangkan. “Datuk kita bukannya berjanji saja. Nanti kita pujuk dia. Dia sayang kita. Mesti dia bawa juga.
“Dia janji dah terlalu lama,” kata Aziz, resah.
“Sabar,” kata Afidah. “Kan datuk selalu kata, sabar, sabar ...”
“Sabar Aziz,” tiba-tiba suara Tuk Marzukididengarnya. Suara Afidah hanya khayalannya belaka. “Kita tengok cuaca dulu. Kita tengok pula kalau-kalau ada sampan.”
Itulah alasan yang tidak dapat diterimanya.Tapi apakah yang dapat dilakukannya? Dia haya boleh mengharap. Terkadang-kadang dia bercadang ingin meminta orang-orang seperti Zubir atau Raihan membawanya. Mereka ini kedua-duanya nelayan yang masih muda, tapi berpengalamaan. Mereka juga banyak cerita tentang hutan dan pulau.Tidak mustahil mereka boleh menolongnya. Dia terlalu ingin menjejakkan kaki ke pulau tersebut, itu saja yang sering bergema di dalam kepalanya.
Aziz memandang semula ke arah alaut yang bersisik ombak. Tiga buah kapal layar serasa hampir tidak bergerak. Sebuah perahu kelihatan sedang menghala ke tempatnya, juga masih serasa tidak bergerak. Jauh ke barat kelihatan bintik-bintik kapal dengan asapnya saja. Dia suka melihat pemandangan ini. Dia suka melihat burung yang berlegar tenaga di tangah laut. Pada ketika-ketika waktu itu juga dia teringatkan ayahnya yang pernah bekerj asebagai mekanik kepada sebuah kapal kecil. Ayahnya pernah membawanya ke laut, pernah berpusing sekeliling pulau yang ingin dicecahkan kakinya, malah ayahnya juga pernah berjanji untuk membawanya. Ayahnya sudah tidak ada lagi sekarang.ayahnya tidak akan dapat membawanya ke pulau tersebut. Dia tiba-tiba menangis, mulanya perlahan kemudian teresak-esak.
“Jangan menangis,” kata Tuk Marzuki. “aku janji aku akan bawa, aku akan bawa.”
Dia tidak tahu kali ini Aziz menangis bukan kerana dia tidak dapat ke pulau tersebut. Kali ini dia menangis kerana tiba-tiba terkenangkan ayahnya yang sudah tiada lagi. Esakannya semakin kuat lagi bila secara mendadak dia juga teringat dia tidak pernah melihat wajah ibunya. Dan kini ... dia tidak mempunyai ayah pula.
“Jangan menangis,” kata Tuk Marzuki, mula serba salah.”Besok kalau cuaca baik, dan kalau ada sampan pinjam, akau akan bawa kau.” Orang tua itu kemudiannya menggelengpgelengkan kepalanya, seolah-olah tidak mengerti mengapa seorang kanak-kanak mesti menangis hanya kerana tidak dapat menjejakkan kakinya ke sebuah pulau.
Aziz tidak tahan hatinya. Mengetap bibirnya menangis sekuat-kuat hatinya. Tiba-tiba dia berlari sepanjang-panjang pantai, sambil menangis lebih kuat lagi. Tuk Marzuki cepat meneriak:”Jangan menangis, jangan. Aku janji, aku janji akan bawa kau. Percayalah, percayalah ...”
Aziz masih terus berlari, sambil menangis, sambil mengesat matanya dengan ekor lengan bajunya. Di waktu petang sedemikian, dengan rambut mengerbang, peristiwa itu mula memilukan hati Tuk Marzuki. Dia terduduk lesu.

@ @ @


Afidah merenung datuknya yang kelihatan terkebil sambil menghembuskan asap rokok daunnya. Pelita besar yang tergantung bergerak-gerak sedikit setiap kali ia ditiup angin. Apinya pada waktu-waktunya nyaris padam. Datuknya memang suka termenung atau terkebil begitu, tapi tidaklah begitu lama, fikir Afidah. Dia teringat air yang dijerangnya di dapur mungkin telah mendidih, lalu cepat-cepat masuk ke dalam. Air sememangnya mendidih. Dia membuatkan kopi manis-manis buah, mengelap kopi pada piring yang mengalas gelas. Datuknya tidak suka melihat air tertumpah, semacam ada satu pantang larang. Afidah membawa kopi tersebut berhati-hati mungkin. Duduk bersimpuh di hadapan orang tua itu, dia menghulurkan kopi sesantun mungkin. “Kopi tuk” katanya.
Orang tua itu terperanjat. Dia melihat kopi, kemudian melihat wajah cucunya. Kepiluan sentiasa cuba disembunyikan. Terkadang-kadang dia merasa cucunya itu lebih menjaganya, dan bukan sebaliknya. Terkadang-kadang dia sendiri tertanya-tanya mengapa anaknya itu mesti bercerai, dan mengapa pula kanak-kanak semuda itu mesti melalui penderitaan batin sedemikian. “kopi tuk ...”
“O, ya. Baik cucu aku ni,” katanya meraba-raba kepala Afidah. “Kalaulah kau tak ada ...”
“Minum tuk,” Afidah menjemput.
“Datuk minum, datuk minum.”
Oranag tua itu menghirup kopi, dan terhenti seketika kerana masih terlalu panas. Afidah terkejut sedikit, merasa bersalah kerana menyuruh datuknya menghirup kopi yang masih lagi panas. Datuknya memandang Afidah kemudian tersenyum. “Kalau kau tak ada siapa nak buatkan kopi datuk?” orang tua itu bertanya.
“Banyak orang lain boleh tuk,” jawab Afidah jujur.
“Tak sama, tak sama ... kau pandai buat kopi.”
Afidah tersenyum kemudian melihat asap rokok mula mengepul dan mengembang semula. Dia lihat datuknya benar-benar sedang dilamun sesuatu. Ada yang mengganggu fikirannya. Ada yang menyusah atau menyulitkan.
“Datuk fikirkan apa?”
Sekali lagi orang tua itu terperanjat. Dia tersenyum.
“Tak ada apa-apa cu,” jawabnya, menyedut rokok daunnya sehingga pipinya kempung.
“Ada tu, datuk sengaja sembunyikan.”
Orang tua itu memerhatikan cucunya lebih sungguh-sungguh lagi. Dia bertanya bersendirian mengapa kanak-kanak semuda itu sudah dapat menyelam perasaannya. Apakah kerana pengalamannya yang pedih menjadikannya cepat perasa. Orang tua itu tiba-tiba mengutuk kedua-dua anaknya yang bercerai menyebabkan cucunya kini menderita sendirian. Mengapa semua ini mesti berlaku, mengapa?
“Datuk susah pasal apa?” suara cucunya menyelinap semula, dan kali ini lebih nyaring lagi.
“O, ya. Sikit saja tu. Datuk risau sikit saja.”
“Kenapa?”
“Engkau terlalu muda untuk tahu semua ini ...”
“Datuk susah, saya pun susah.”
Orang tua itu tersenyum. Cepat terasa air mata terkumpul di sudut matanya. Anak-anak kecil begitu cepat merasa, dia amat terharu. Datuk tak susah,cu, tidak.”
“Tapi kenapa datuk menangis?”
“Menangis?”
“Datuk tak menangis, cu ...”
“Ya, ya datuk menangis. Datuk susah ...” tiba-tiba Afidah turut menangis, mulany aperlahan kemudian tersedu. Orang tua itu cepat meraba-raba rambut cucunya, tidak faham bagaimana seorang kanak-kanak dapat merasakan kepiluannya.
“Begini cu,” katanya. Selepas mendapati Afidah juga tidak berhenti menangis. Datuk susah hati mengenangkan Aziz ...”
“Kenapa Aziz tuk?”
Orang tua itu ternampak bagaimana Aziz menangis dengana rambutnya mengerbang ditiup angin di tepi pantai petang tadi. Dia dapat merasakan kepiluan kanak-kanak yang tidak berayah dan beribu itu. “Aziz menangis kerana datuk tak tunaikan janji, dia inginpergi ke pulau ...”
“Aziz menangis kerana tu?”
“Ya, cu. Aziz menangis kerana tu,” katanya, masih lagi terbayangkan Aziz yang sedang berlari dengan rambut mengerbang. “Kau jumpa dia?”
“Saya cari dia tadi,” kata Afidah, mulai hilang esakannya. “Basir nampak dia lari, Basir beritahu saya. Masinah kat adia nampak macam Aziz menangis mengesat-ngesat mata ...”
“Memang dia menangis cu. Datuk kasihan,” kata orang tua itu benar-benar kasihan. “Besok cari dia. Beritahu datuk nak jumpa, beritahu kita boleh pergi ke pulau itu.”

























PILIH GAMBAR ANDA SENDIRI ( dapatkan daripada surat khabar lama )
WATAK-WATAK DALAM NOVEL DI HADAPAN PULAU ( Lengkapkan )

WATAK PERWATAKAN INGAT
AZIZ (watak utama)
Berusia 13 tahun, mempunyai seorang adik,yatim piatu sejak kecil, selalu merindui kedua ibu bapanya yang telah tiada, menumpang kasih kepada ibu dan bapa saudaranya (Budin- kaki minum)
-matang fikirannya-sensitif, selalu teringat akan nasibnya yatim piatu-prihatin terhadaap sahabatnya Afidah – sayang akan ayahnya – empati terhadap Afidah, memahami perasaan Afidah yang kehilangan
datuknya 13,
1 ADIK,
0 IBU BAPA
Matang-prihatin-sayang
empati
AFIDAH
Awal belasan, ibu bapa bercerai, tinggal bersama-sama datuknya (Tuk Marzuki),datuknya terkorban, menderita dalam usia muda, bernasib baik kerana Aziz sentiasa membantunya
- bijak menelah kerisauan datuknya – taat kepada suruhan datuknya – bertanggungjawab menjaga makan minum datuknya – penyedih amat sukar menerima kematian datuknya CUCU TM
DAHLAN
MUSTAFA
ROKIAH
Bijak,taat,
Bertanggungjawab
penyedih
TUK MARZUKI






.............................................................
..............................................................
..............................................................
..............................................................
...............................................................
...............................................................
...............................................................



.........................
.......................
........................
.........................
...........................
.........................
........................










































































SINOPSIS BAB 1


Aziz merupakan anak yatim. Ayahnya meninggal dunia manakala ibunya tidak pernah ditemuinya. Pada suatu petang yang berangin dia duduk di tepi pantai menghadap ke laut yang bersetentangan dengan sebuah pulau kecil. Dia begitu teruja untuk menjejakkan kakinya ke pulau tersebut. Tuk Marzuki (datuk kepada kawannya) pernah berjanji hendak membawanya ke sana. Dia mahu memastikan kebenaran cakap-cakap orang yang mengatakan terdapat orang bertapa atau orang Jakun menghuni di pulau tersebut. Malangnya Tuk Marzuki hanya mampu mengulang janjinya kepada Aziz. Tuk Marzuki tidak dapat memberikan kepastian tentang masa yang tepat untuk mereka ke sana. Keadaan ini amat mengecewakan Aziz. Hal ini kerana diketahui umum bahawa Tuk Marzuki bukan sembarangan orang, beliau merupakan ahli sejarah tentu tidak akan mungkir janji. Afidah pula selalu meyakinkan Aziz yang Tuk Marzuki akan menunaikan janjinya. Penantian yang begitu lama menyebabkan Aziz semakin tertekan tambahan pula dia teringat akan kematian ayahnya lalu dia menangis. Tuk Marzuki menyangka Aziz menangis kerana tidak dapat pergi ke pulau tersebut. Tuk Marzuki terus memujuk, sehinggalah Aziz meninggalkan Tuk Marzuki dengan berlari sepanjang pantai. Semasa Tuk Marzuki berehat di rumahnya pada malam itu, dia dilayan dengan baik oleh cucunya Afidah. Tuk Marzuki turut simpati terhadap nasib yang menimpa Afidah yang dipeliharanya akibat perceraian kedua ibu bapanya. Afidah yang matang oleh penderitaan dapat mengesan keresahan hati Tuk Marzuki lalu Tuk Marzuki menjelaskan perkara yang meresahkannya iaitu sikap Aziz pada petang tadi.Tuk Marzuki meminta Afidah mencari Aziz keesokan harinya lalu sekali lagi berjanji akan membawa mereka ke pulau itu.





SUSUN SEMULA JAWAPAN ANDA DALAM BENTUK AKRONIM

AKRONIM
SINOPSIS BAB SATU

YATIM






Y

















TEMA

Novel Di Hadapan Pulau mengutarakan tema penderitaan dan kesukaran hidup akibat peperangan. Penderitaan yang mereka alami telah menyebabkan kehidupan mereka terdesak dan tertekan. Merka tidak mempunyai upaya untuk mengatasi penderitaan tersebut, lalu mereka menerima dengan pasrah. Contoh penderitaan yang terpaksa mereka alami adalah apabila mereka terpaksa bergelap pada malam hari,menyelamatkan diri ke dalam shelter apabila mendengar siren kecemasan. Hal ini pasti menyusahkan golongan tua dan kanak-kanak.

PENDERITAAN & KESUKARAN HIDUP AKIBAT
PEPERANGAN MENYEBABKAN KEHIDUPAN MEREKA TERDESAK
& TERTEKAN TIDAK UPAYA MENGATASI
LALU MEREKA TERIMA DENGAN PASRAH


P & K H A
P M K M T
& T T U M
L M T D P


















PERSOALAN NOVEL
DI HADAPAN PULAU











BAB DUA
SUSUN MENGIKUT KRONOLOGI
Bil Plot Plot Asal
1 Syed Fikri memberitahu Aziz bahawa memang perang akan meletus, tetapi nyawa manusia di tangan Tuhan. Beliau menasihati Aziz agar selalu berdoa dan bersembahyang. 6
2 Raihan duduk di tepi kerusi tunggul berhampiran dengan jambatan. Dia memerhatikan kuli-kuli tongkang sedang bermain pakau di atas dek di tengah panas
3 Tidak lama selepas itu, Zubir pun datang. Zubir memberitahu Raihan bahawa tentera semakin ramai di situ kerana perang semakin dekat.Pada mulanya dia enggan mempercayainya, tetapi setelah Zubir menyebut bahawa perkara itu diberitahu oleh Tuk Marzuki, baharulah Raihan berasa yakin
4 Syed Fikri cuba menenangkan anak-anak muda itu. Dia meminta mereka agar tidak mudah mempercayai perkhabaran itu. Dia meminta mereka balik ke rumah.Aziz telah pun mengetahui berita tentang peperangan itu melalui makciknya seminggu yang lalu
5 Zubir meminta Raihan melupakan soal perang.Sebaliknya merancang apa yang patut dilakukan oleh mereka. Raihan mencadangkan agar mereka mendapatkan pekerjaan di bandar. Manakala zubir menyarankan mereka bekerja di kem tentera tersebut.
6 Di seberang tebing sana, Raihan dapat melihat keadaan berek tentera yang mulai sibuk dan tidak cukup tempat. Askar Australia semakin ramai di kem itu. Suasana seperti itu membuatkan Raihan tertanya-tanya. Dia meminta kepastian daripada Tuk Marzuki.














SIAPA BERKATA KEPADA SIAPA?

DIALOG SIAPA BERKATA KEPADA SIAPA
1 “O, begitu. Tapi mengelamun dekat,mengelamun anak muda yang kuat bercinta,” Raihan Zubir
2 “Kenapa tak sembahyang?
3 “Memang perang akan datang.Tapi... tapi maut di tangan Tuhan. Kita berdoa, kita sembahyang.”
4 “Mengapa mesti di bandar? Kenapa tidak di tebing seberang tu?”
5 “Mana Basir?Mana Afidah sama Masinah?”
6 “Belajar sembahyang pula. Awak semua bukan kecil lagi.Berapa umur awak?” Orang tua Arab
(Syed Fikri)








MUKA SURAT BERAPA?
PERENGGAN BERAPA?
BARIS BERAPA?


MUKA SURAT PERENGGAN BARIS
MENTARI telah pun tinggi, anehnya,tidak terasa panas seperti kelmarin. Sama ada hujan malam semalam menjadikannya demikian, ataupun sama ada memang panah mentaritelah tertapis oleh awan, tidaklah diketahui. 11 1 1
Raihan terdiam, nyata membiarkan khayalannya lagi untuk berkembang. Dia tahu perang ertinya berbunuhan, tapi dia tidak tahu bagaimana. Dia terbayangkan Robin Hood dan Flash Gordon filem yang ditontonnya berulang kali. Dia terbayangkan jug aTarzan.
Mak ciknya Joyah, selalu mengingatkan supaya dia menghormati orang tua.
“Jangan percaya perang.” Tiba-tiba dia terdengar suara India menjual sarbat yang selama ini membiarkan mereka semua. 1


















LUKIS DAN NAMAKAN
Orang Arab tua itu sedang berjalan bertongkat.
Di situlah dia berhenti penat, meminum sarbat, memakan sekeping roti, dengan mata yang sentiasa segar, memandang ke sana ke mari.
Songkok hajinya terlalu buruk, dililit sedikit dengan kain kuning.
Di lengannya tersarung gelang manik-manik hitam yang kasar.
Rambutnya yang beruban hampir terjulur mencecah tengkuk dan bahu.
Di tengkuk kemejanya hitam, dan sesekali angin bertiup berbau hapak.
Kali ini berhenti lama sedikit,mengesat peluhnya...



WATAK DAN PERWATAKAN .........................................................................................


Orang Arab tua itu sedang berjalan bertongkat mengikut jalan yang pernah dilaluinya saban hari. Mereka pernah melihatnya berjalan pagi-pagi lagi, berjalan dari pondoknya di sebelah bukit berhampiran dengan sebuah fort lama, melampaui sebuah kubu buruk, melalui sebaris bengkel dan stor, melampaui sebuah sekolah dan kemudian menyeberang singgah di kedai kecil di tepi titian berhadapan dengan sebuah pulau. Pulau Jakun atau Pulau Petapa kata kebanyakan orang.Di situlah dia berhenti penat, meminum sarbat, memakan sekeping roti, dengan mata yang sentiasa segar, memandang ke sana ke mari.Songkok hajinya terlalu buruk, dililit sedikit dengan kain kuning.Di lengannya tersarung gelang manik-manik hitam yang kasar.Rambutnya yang beruban hampir terjulur mencecah tengkuk dan bahu.Di tengkuk kemejanya hitam, dan sesekali angin bertiup berbau hapak.Kali ini berhenti lama sedikit,mengesat peluhnya...( halaman 16-17 Novel Di hadapan Pulau – A. Samad Said)

INFORMASI: KATA ADJEKTIF menerangkan sifat atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Di kenali juga sebagai kata sifat. Contoh kata adjektif ialah baik, besar, cerah, elok, gagah, tua, muda, hijau, hodoh, indah, jahat, jauh, kasih, kecil, baharu, wangi dan sebagainya. Kata adjektif boleh di didahului dengan kata penguat seperti agak, begitu, amat, benar, betul, paling, sangat, terlalu dan sebagainya. Contoh kesalahan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar ialah ... Kumaresan pelajar yang paling pandai sekali dalam kelas.

LATIHAN:
Cuba kesan ayat yang mengandungi kata atau frasa adjektif dalam petikan novel Di Hadapan Pulau dalam petikan di atas.
1. Orang Arab tua itu sedang berjalan bertongkat.
2. Mereka pernah melihatnya berjalan pagi-pagi lagi, berjalan dari pondoknya di sebelah bukit berhampiran dengan sebuah fort ........., melampaui sebuah kubu.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................



3.












BAB TIGA
LATAR TEMPAT DALAM BAB TIGA

1. Kegelapan tiba-tiba menjadi tidak gelap lagi di kawasan yang biasa bagi mereka.
2. Budin pulang mabuk-mabuk dan empat lima kali jatuh sebelum dia dapat di seret ke dalam bilik.
3. Kampungnya tidak semacam dulu. Orang kelihatan mulai takut dan khuatir.
4. Joyah terkejut melihatkan suluhan lampu yang bercantum semula di langit, dan dia seperti yakin Aziz sedang melihat ke arah itu juga.
5. “Cikgu di sekolah kata apa?” dia memulakan.
6. Kalau bunyi siren katanya, cepat-cepat ikut perintah masuk ke shelter.
7. Secara tiba-tiba sahaja lalu lintas melalui jambatan itu tidak semudah dahulu. Sekurang-kurangnya sudah diadakan dua sekatan, baik dari arah barat mahu pun sari arah timur.
8. Kedai todi di sebelah timur, susunan kedai makanan di kanannya, dan stesen kecil perhentian tram dan beca tarik tidak sehidup dulu lagi.
9. malah kadang-kadang, sebelum jam emnam petang semuanya sudah lengang,menyebabkan perniagaan di kedai berderet itu muram belaka.












Pandangan dari suatu sudut yang lain tentang novel ini.
(Ribuan Harapan Dalam Di Hadapan Pulau )
Akhirnya saya berjaya menghabiskan bacaan novel A.Samad Said ini. Di Hadapan Pulau tidaklah setebal Salina tetapi memakan masa kerana saya berhalangan yang macam-macam setiap kali memegangnya.

Awalnya saya beli kerana – mungkin kerana Pak Samad - kerana saya tidak begitu meminati cerita tentang perang. Saya paksakan membaca dalam usaha meneliti dan mengetahui isinya. Namun kisah di dalamnya benar-benar lain dari jangkaan.

Ia bukan sebuah novel tentang perang yang biasa saya temui. Ia tentang pengalaman, penderitaan, kelaparan, kegusaran, harapan, kehidupan, kematian dan cerita-cerita di sebaliknya yang tidak pernah saya fikir atau jumpa dalam mana-mana novel (setakat ini).

Di Hadapan Pulau memberikan saya gambaran paling jelas tentang suasana perang. Pengkisahan dalam wataknya membuatkan saya menghayati satu persatu perasaan mereka dan dapat menyelami perwatakan mereka.
Jelas diceritakan tentang shelter, bila seharusnya ia digunakan dan perasaan mereka yang duduk didalamnya sehinggalah siren kedengaran memberitahu waktu bahaya telah berlalu.
Juga tentang bom. Sojar mengajar penduduk cara meniarap dengan betul bila bom digugurkan. Satu pengajaran yang amat besar, yang dapat saya ambil ialah jangan terus rapatkan dada ke tanah bila meniarap. Dikhuatiri terkejut dengan bunyi yang kuat.
Diceritakan juga tentang sojar British dan Australia, tentang masyarakat yang belum ada pengalaman perang namun tahu tentang perang (mungkin hasil pergaulan dengan teman dari seberang), kisah penduduk yang kehulu dan kehilir mencari kerja dan anak-anak yang kehilangan ibu bapa ibarat ayam kehilangan ibu.
Sehingga kini saya dapat bayangkan apa itu shelter, derita bila Jepun mula masuk dan perut yang merintih lapar. Apa lagi yang dapat mereka lakukan bila wang tidak ada guna dan barang makanan sukar didapati? Saat ini, halal dan haram bukan lagi suatu yang dikisahkan, bila monyet juga menjadi makanan.
Mahu bercucuk tanam nanti hasilnya dicuri orang, mahu ke laut nanti di bimbangi bom gugur dari atas, orang lelaki yang sihat dipaksa menggali tanah bagi menanam mayat (tetapi bukannya kubur, sekadar menanam mayat yang bergelimpangan) manakala wanita membasuh pakaian para tentera (dan kerja-kerja sampingan yang harus difahami sendiri). Tinggallah anak-anak kecil dan orang tua yang mundar-mandir tanpa tuju dengan lapar. Mereka meniti waktu mengira hari bila agaknya Jepun akan mengotakan janji demi kemakmuran Asia Timur Raya.
Perang jelas digambarkan disini. Maksud saya awal perang, ketika British diakhir pemerintahan dan saat Jepun mula masuk menjajah. Mereka berada dalam dua situasi berbeza – British dan Jepun. Maka terzahirlah segala kekejaman dan kehidupan bertukar dalam sekelip mata. Ketika ini bayangan ajal dan keinsafan mula datang. Sama ada makan atau tidak, mereka akan mati. Mati kerana di bom atau mati kerana kebuluran.
Betapa sengsaranya kehidupan mereka selama empat tahun setengah di bawah telunjuk Jepun. Tidak dapat saya gambarkan ketabahan dan kesabaran mereka yang melalui zaman perang yang hebat ini, disaat kita dilimpahi kemewahan dan kesenangan. Apakah kita boleh jadi setabah mereka bila ditakdirkan suatu hari nanti, kita pula yang merasai perang?

Begitulah Di Hadapan Pulau yang menginsafkan. Bacalah untuk lebih menyedarkan.











SINOPSIS NOVEL
DI HADAPAN PULAU
oleh A. Samad Said

PDK (perang dunia kedua) PULAU MISTERI KESUSAHAN BERGANTUNG BEKERJA
KUBU BERAS JEPUN KEBULUR PASRAH BRITISH










MEMBERITAHU KEBURUKAN SIKAP MANUSIA DALAM NOVEL INI
Novel Di Hadapan Pulau karya A. Samad Said mendedahkan beberapa keburukan. Antaranya, yang dikritik sebagai punca pelbagai keburukan, ialah perang. Penulis menentang perang yang meragut nyawa, contohnya Tuk Marzuki, lalu meninggalkan Afidah tanpa keluarga; menjadikan manusia kehilangan perikemanusiaan, seperti tentera Jepun yang memukul, membunuh dan memperkosa; membawa keruntuhan moral, contohnya Rusiah yang dahulunya alim tetapi selepas pengalaman buruk di tangan askar Jepun dan desakan kelaparan telah menyingkirkan maruahnya untuk mendapat makanan; serta mengakibatkan bermacam-macam penderitaan, seperti kebuluran.
Kritikan juga ditujukan terhadap pengabaian kewajipan agama. Syed Fikri menasihati Aziz dan kawan-kawannya supaya mendirikan sembahyang. Sepupu Syed Fikri, Syed Zuhri, didedahkan sebagai watak yang berpengetahuan agama dan pandai bersyarah tetapi tidak menjalankan kewajipan menyeru orang mematuhi suruhan Tuhan, malah dia sendiri melanggarnya dengan menipu orang dan kerap berkahwin tanpa bertanggung jawab.
Rumah tangga yang tidak bahagia juga merupakan keburukan yang dipaparkan oleh A. Samad Said. Perceraian ibu bapa Afidah menyebabkan dia kehilangan kasih sayang dan kestabilan hidup, mujurlah kemudiannya dia dipelihara oleh datuknya. Perlakuan Budin yang suka berjudi, selalu mabuk, memukul isteri, tidak memberi nafkah malah mengambil barang kemas isterinya untuk dijual bagi membiayai maksiatnya, membuat rumah tangga Budin dan Joyah tidak bahagia, walaupun Joyah tetap setia dan hormat kepada Budin sebagai suaminya. Kegagalan Taksiah berkali-kali untuk mencapai kebahagiaan dalam perkahwinan menyebabkan dia mempergunakan daya tarikannya sebagai wanita untuk mendapatkan kerja dan manfaat lain.
Sikap Taksiah yang tidak mementingkan maruah, juga perubahan sikap Rusiah setelah menanggung beberapa padah perang, tidaklah disokong oleh penulis. Dapat dirasakan kritikan tidak langsung terhadap reaksi negatif tersebut. Namum demikian A. Samad Said lebih banyak mengerti daripada mengkritik kelemahan manusia.












SINOPSIS BAB 4
Kempen urat saraf terhadap musuh telah bermula. Gambar wajah “Hitler Babi” tersebar di mana-mana. Musuh utama ialah Jerman bukannya Jepun. Para nelayan mula merasakan keperitan hidup. Mereka memaki hamun Hitler. Terdapat juga tanda-tanda yang para penduduk kampung yang sudah saling tidak mempercayai.Perigi yang sebelum ini dikongsi bersama-sama telah dikunci.Malahan Syed Fikri telah membiasakan diri dengan suasana dalam gelap Beliau terkenangkan sepupunya Syed Zuhri yang banyak memalukan keturunan dan keluarganya, keturunan syed. Mereka bertegang urat tentang cara hidup mereka yang berbeza. Syed Fikri berfikiran lebih positif mahu membimbing kanak-kanak agar jiwa mereka lebih terdidik dengan perkara yang baik demi menghadapi suasana perang yang semakin mengganas.Kehidupan semakin mencengkam.Orang tidak perlukan batu akik atau minyak atar. Orang lebih mementingkan makanan.Dia percaya bahawa Tuhan tetap menyediakan rezeki kepada setiap hambanya yang rajin berusaha. Beras dan gula telah semakin sukar didapati. Terlalu ramai orang membeli barang apabila tersebar berita perang. Aziz pula hampir semalaman tidak dapat melelapkan mata. Budin yang mabuk-mabuk pulang dan memukul isterinya(Mak CIK Joyah).Kini Aziz sedar yang dia perlu hidup berdikari. Aziz teringat pesanan arwah ayahnyasupaya rajin berikhtiar. Aziz selalu menangis apabila terkenang akan ayahnya.Pada fikiran Aziz, Tuk Marzuki, Syad Fikri dan Afidah boleh memberi bantuan untuk berikhtiar. Awal pagi, Aziz telah keluar daripada rumah mak ciknya menuju ke rumah Syed Fikri.










SEDUTAN BAB 4

KEMPEN urat saraf terhadap musuh telah bermula dengan begitu hebat. Dari kempen itu terbayang bahawa musuh yang utama ialah Jerman, bukannya Jepun. Hampir setiap kanak-kanak sekolah kemudiannya termasuk orang ramai – mendapat sehelai kertas bergambar empat ekor babi, yang apabila dilipat bertemu menjadi wajah Hitler. “Hitler Babi” kata beberapa orang kanak-kanak, diikuti kemudiannya oleh orang – orang kawasan tersebut. Beberapa orang nelayan yang mula merasa perit kerana mata pencariannya tersekat memaki-maki Hitler. Raihan berkata “Jika Hitler ini paduan dari empat ekor babi, mudahlah kita mengalahkannya. Kita sembelih saja. Tak payah perang-perang!”
( halaman 38 – Novel Di Hadapan Pulau )




”Hitler Babi”


BAB 5


Beberapa buah lori bersilih ganti mengangkut kampit pasir untuk membina kubu. Aziz memerhatikan terdapat pemeriksaan yang sedang dilakukan di hujung jambatan. Aziz dan Afidah sedang menunggu kepulangan Tuk Marzuki yang pergi ke Merlimau. Sudah seminggu Tuk Marzuki pergi ke Merlimau untuk mencari beras. Afidah ditinggalkan oleh Tuk Marzuki di rumah mak Ketong. Aziz menemani Afidah menungu Tuk Marzuki di tepi titian tempat perhentian beca tarik. Mereka berdua ditegur oleh sojar yang sedang berkawal. Mereka beredar dari situ, berjalan di tepi kem, kemudian berjalan di tepi hutan kecil. Aziz menunjukkan satu jalan. Aziz memberitahu Afidah di jalan inilah pernah berlaku rompakan dan pembunuhan setahun lalu.
Aziz duduk di atas bangku di hadapan gerai yang kosong. Tidak ada orang di situ seperti dahulu. Aziz memandang ke laut. Dia ternampak perahu kecil yang menunjukkan masih ada orang turun ke laut. Aziz memberitahu Afidah bahawa dia akan berusaha sendiri. Dia tidak akan mengharapkan sesiapa lagi. Aziz menangis mengenangkan nasibnya. Aziz akan membantu Syed Fikri mengusahakan kerja bercucuk tanam. Siren dibunyikan. Penduduk kampung bergegas berlari ke shelter untuk menyelamatkan diri.


“shelter”


BAB 6






LENGKAPKAN RAJAH





JENIS-JENIS WATAK

















WATAK UTAMA








WATAK HITAM



















SINOPSIS BAB 7
SIREN yang semakin kerap berbunyi sudah menjadi kebiasaan dalam kehidupan. Pada bila-bila masa mereka akan berulang alimk ke shelter apabila bunyi siren bergema. Tempat perlindungan sementara semasa perang atau shelter pula semakin banyak dibina. Senario lain pula sumbe rmakanan semakin berkurangan. Kes kecurian menjadi amalan. Tuk Marzuki ingin berusaha mencari rezeki. Beliau merancang ke Merlimau untuk bertemu anaknya Mustaffa. Malang sekali, Mustafa sekeluarga telah meninggalkan Rukiah( kakak Tuk Marzuki ) keseorangan walaupun diketahui bahaawa Rukiah itu sudah nyanyuk. Tuk Marzuki kecewa. Tuk Marzuki menasihati afidah supaya jangan mengganggu Kapten Hebat yang setengah tiang itu. Paling mendukacitakan apabila khabar angin menjadi kenyataan bahawa Tuk Marzuki telah meninggal dunia akibat shelter yang menjadi tempat berlindungnya tepat terkena ledakan bom. Pada mulanya Afidah enggan percaya, namun setelah menyaksikan sendiri cedera parah yang dialami oleh orang tua itu, Afidah mula menangis semau-maunya.Orang tua itu kelihatan tercungap-cungap dan darah mengalir melalui hidung dan telinganya menandakan cedera bahagian dalam anggota badan yang parah. Tuk Marzuki masih sempat menyebut-nyebut kepandaian Afidah cucunya membuat kopi untuknya. Dorani telah mengajar Tuk Marzuki menyebut nama Tuhan. Tuk Marzuki berpesan kepada Afidah supaya mencari Mustaffa dan Rukiah.Tuk Marzuki meninggal dunia. Afidaah menangis hiba kesedihan kehilangan tempat mengadu. Afidah kemudian kerap bercakap sendirian di kubur Tuk marzuki mengadu untung nasibnya sambil diperhatikan dari jauh oleh Aziz.






BETULKAN
Rintik hujan masih berlanjutan dan dari pengalaman-pengalaman yang lalu hujan sedemikian selalunya memanjang guruh dan kilat hampir ekor berekor menerangi shelter dan kubu lama yang berhampiran mereka yang di dalam shelter sudah kesejukan dan bimbang bahawa air yang sedang mengalir ke dalam akan membanjir semasa membuat shelter tersebut tidak seorang memikirkan soal air hujan dan sekarang melihatkan kenyit kilat dan dentuman guruh masing-masing percaya bahawa shelter tersebut akan ditenggelami air jika mereka tetap di situ tiga empat jam lagi selain dari suara orang membaca yasin dan ayat-ayat quran lainnya tidak terdengar suara lain hanya sesekali itu tangisannya memanjang sehingga merungsingkan tapi setelah disentap oleh guruh yang kuat dan memekakkan kanak-kanak itu sendiri ketakutan berhenti menangis kemudian tertidur

Sila rujuk halaman 65




























BAB 8


1 A
2 B A H A Y A
3 A
4 A
5 A M
6 A
7 A
8 A
9 A
10 A
A

KLU
1. Tempat orang melintas sungai
2. Kem tentera tempat yang ____________ kepada orang awam
3. Jalan kecil sering berlaku __________________ dan pembunuhan
4. Soldadu,askar,tentera atau ____________ dalam Di Hadapan Pulau.
5. Senjata api
6. Dari mana hendak mendapatkan _______________ kalau musuh sudah mengelingi pulau?
7. Tempat tinggal Mustaffa dan Rukiah, Mer.......................
8. Nama ayah Afidah yang lari meninggalkan Afidah
9. Hidung ayah Aziz
10. Perkataan yang selalu diulang-ulang oleh ayah Aziz














SINOPSIS BAB 8

Kini orang ramai berduyun-duyun pula menuju ke tempat yang agak berbukit bukau. Mereka kini sedar bahawa kawasan berdekatan dengan kem askar juga berbahaya. Walau apa pun kini tiada tempat yang selamat sepenuhnya. Walau pun di dalam shelter jika bom jatuh tepat di atasnya. Bunyi meriam dan bom tentera Jepun semakin menakutkan. Askar jepun semakin menghampiri kediaman mereka. Kini mereka dapat menyaksikan sendiri betapa dahsyatnya musibah peperangan. Kanak-kanak digendong akan sama-sama dibawa masuk shelter jika siren berbunyi. Mereka bersesak-sesak dalam shelter yang paling hampir dengan mereka. Afidah dan Aziz kini senasib. Mereka telah ketiadaan ibu dan ayah dengan cara masing-masing. Namun ramai lagi kanak-kanak yang senasib dengan mereka. Beruntunglah kanak-kanak yang masih beribu dan berayah. Siren bergema lagi. Sebuah kapal terbang melayang di udara mengugurkan risalah bahawa tentera Jepun akan membawa kebabasan kepada penduduk Asia. Kerjasama daripada penduduk amat diperlukan untuk memusnahkan British. Namun kedatangan Jepun juga belum menjanjikan sesuatu yang menyenangkan.




BAB 9
Bau bangkai sangat busuk kini di merata tempat. Mayat yang mati bergelimpangan belum dapat disempurnakan. Aziz dan Afidah kini kehairanan kerana askar yang menguasai kini pendek-pendek, bermsai, berjambang,topi terpersuk dan senjata berbenat yang berkilat-kilat. Askar Melayu dan Australia telah menghilang. Askar Jepun itu kelihatan bengis. Tidak menjanjikan seperti apa yang diedar menerusi kertas yang dijatuhkan daripada kapal terbang. Para penduduk kini dipaksa masuk ke dalam kem. Rahmat yang dahulu askar Melayu kini membuang uniformnya agar tidak dikesan oleh askar Jepun. Mereka dipaksa menanam mayat-mayat ke dalam satu lubang besar. Kanak-kanak, wanita dan golongan lelaki dewasa dipisah-pisahkan. Kecoh ketika beberapa orang enggan mengikut perintah askar Jepun. Keadaan berubah menjadi lebih perit. Budin hilang. Joyah risau menunggu Aziz yang sebenarnya membantu Syed Fikri yang sakit-sakit akibat dipaksa Jepun. Afidah pula bercadang untuk menjual jam saku untuk membeli makanan. Syed Fikri yang prihatin akan dua orang kanak-kanak tersebut menyuruh Azia dan Afidah balik ke rumah kerana askar Jepun sedang sibuk mencari orang.




























BAB 10
(APA YANG TERJADI KEPADA MEREKA YANG DITANGKAP OLEH ASKAR JEPUN)

BIL WATAK BUTIRAN
1 Taksiah Masih tak pulang
2 Rosiah Tidak mahu menceritakan apa yang berlaku ke atas dirinya, Empat hari ditahan Jepun.
3 Dorani Sudah dibebaskan Jepun kerana dia agak uzur dan demam pula, dia menyaksikan beberapa kekejaman tentera Jepun selama 5 hari dalam tahanan Jepun. Ketika tahanan dihitung semula dia ditolak oleh askar Jepun yang bengis itu. 3 jam bersembunyi dalam semak sebelum pulang ke rumah
4 Soejono Ditahan Jepun,belum pulang lagi...
5 Syed Fikri Paling awal dibebaskan
6 Wan Rohani Rambutnya ditarik oleh askar jepun
7 Kapten Hebat





BAB 11
Keadaan perang bertambah menyeksakan. Janji Jepun hanya janji palsu. Kehidupan semakin menderita. Malah ramai yang mengambil jalan singkat- membunuh diri.Kini masing-masing Cuma menjaga keselamatan diri masing-masing. Mencari makanan sendiri-sendiri. Aziz mengajak Afidah ke kubu lama, katanya mungkin ada makanan di situ. Afidah sering mengadu dia kelaparan. Aziz berkata ikthiar seperti kata ayahnya dahulu. Dengan bersusah payah mereka ke kubu lama.Walau pun pelbagai cerita menakutkan didengar tentang kubu lama itu, namun perut yang lapar mengatasi rasa takut. Aziz terkejut apabila terserempak dengan Rosiah sedang bersama-sama dengan seorang askar yang berbadan besar di situ. Rosiah menghulurkan makanan kepada Aziz sambil meminta Aziz merahsiakan apa yang berlaku di situ. Afidah mendesak Aziz memberitahu. Mak Ketong menasihati Afidah supaya jangan berani sangat ke kubu lama itu. Afidah mengunjungi pusara Tuk Marzuki mengadu untung nasibnya.Bertanyakan mengapa berlakunya perang yang kejam itu. Dalam keadaan sulit begitu kedai menjual todi masih beroperasi. Berbaris orang menunggu giliran membali todi tanpa mengira bangsa dan agama lagi.Aziz dan Afidah juga mengambil upah berbaris.Dalam pada itu Afidah dan Aziz berbincang tentang nasib budak cacat Ainon adik Zubir. Zubir juga menghilang tanpa diketahui adakah membawa bersamanya Ainon cacat itu. Kemudian mereka menyaksikan pertengkaran beberapa orang di situ yang menyatakan Jepun sudah kalah perang.























Kini semakin kurang orang berada di kawasan pantai di hadapan pulau itu.Pada waktu aman mereka sering mengunjungi pekedai di situ. Pakaian juga semakin sukar didapati. Ada yang hanya memakai guni. Aziz dan Afidah masih mencari-cari jika ada makanan. Tiba-tiba mereka terperanjat kerana terdengar suara tangisan kesakitan. Kapten Hebat sedang menahan sakit kerana kakinnya yang tokak, bernanah dan berdarah, berbau busuk. Mereka lebih terperanjat apabila terlihat Mokmeng (monyet peliharaan Mak Ketong) telah dimakan oleh Kapten Hebat. Penyakit malaria dan beri-beri pula menular.Nyawa manusia menjadi tidak berharga, mati pada bila-bila masa.
Aziz dan Afidah tidak mengerti apa yang sedang mereka hadapi. Manusia jatuh serendah-rendahnya. Yang baik boleh menjadi jahat akibat perang. Mak Ketong cuba memujuk mereka pergi ke pulau itu mencari makanan. Aziz memberi keyakinan kepada Afidah yang perang pasti akan berakhir.
Dalam masa yang sama perang masih belum reda
dan mereka masih dalam bahaya.






Pengajaran utama...


Hargailah masa aman, gunakan masa aman dengan sebaik-baiknya. Hanya yang mengalami penderitaan semasa perang tahu menghargai keamanan.


Bayangkanlah jika mayat itu adik kita...











Tribute kepada penulis
Pada awalnya saya sendiri tertanya-tanya mengapa panel yang berkenaan memilih novel DHP sebagai salah satu novel wajib kajian untuk pelajar Tingkatan 4. Banyak saya dengar bahawa novel inilah yang paling membosankan apabila membaca. Tidak seperti novel-novel lain di sekolah menengah. Tiada daya penarik untuk menghabiskan novel ini. Saya mengambil masa bertahun-tahun untuk menghabiskannya. Memang benar ia membosankan. Namun dalam hati kecil saya kalau membosankan mengapa diangkat menjadi novel kajian? Saya mula berdikit membaca, menghayati dengan bersungguh-sungguh cuba sedaya upaya berada pada zaman perang tersebut. Cuba menjadi salah seorang watak dalam novel itu. Ia mula menarik. Mula-mula saya bayangkan saya menjadi Aziz, kemudian Afidah, kemudian Tuk Marzuki dan semua watak dalam novel itu. Saya meneroka sehingga saya bertemu dengan lakaran gambar wajah ‘Hitler Babi’ menerusi internet. Kini semakin menarik. Saya tidak sabar-sabar untuk menghabiskan membacanya. Saya salin gambar-gambar yang ada kaitan dengan kesan peperangan, saya lihat kesengsaraan akibat peperangan. Saya dapat merasakan perasaan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa peperangan, mangsa peluru, mangsa kekejaman manusia yang dibayar gaji untuk membunuh... Sudah pasti aspek pengajaran daripada novel ini menjadi keutamaan iaitu marilah kita mengisi dan mengekalkan keamanan yang kita nikmati sekarang dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah. Mari kita bersyukur dengan udara nyaman yang kita sedut sekarang. Gunakanlah masa dengan bijaksana. Bersedia menghadapi kemungkinan jika suatu masa nanti kita tidak aman. Saya ingin menarik balik angapan awal negatif saya tentang novel ini. Tabik untuk penulis novel Di Hadapan Pulau Sasterawan Negara A. Samad Said.
(Cikgu SALLEH- Penulis Cara Saya)