Puisi


SYAIR

PENCEMARAN AIR

Air adalah sumber kehidupan,

Tanpanya air kita kehausan,

Marilah kita mengambil ingatan,

Kegunaan air tiada batasan.

Air kita semakin tercemar,

Kita mestilah sedia mendengar,

Supaya mendapat air sebenar,

Kesihatan kita pasti terlamar.

Kegunaan air untuk nyah toksin,

Melincir sendi menambah vitamin,

Suhu badan dapat diprihatin,

Juga menggalak metabolisma sains.

Pencemaran berlaku pelbagai sebab,

Lebihan industri keutamaan bab,

Punca seterusnya sampah dan sarap,

Sungai tercemar penambah sebab.

Klorin pula cuba membantu,

Malangnya membawa kanser dan batu,

Menyebab rosak ginjal nan satu,

Konon penyelamat, tidak membantu.

Walaupun air sudah dimasak,

Namun logamnya tak dapat dielak,

Menjadi masalah arteri dan plak,

Jantung berfungsi injapnya rosak.

Oleh itu marilah kita,

Bersama-sama membantu jelata,

Menjaga air kepentingan jiwa,

Agar sihat generasi seterusnya.

Pelbagai cara atasi pencemaran,

Salah satunya kempen kerajaan,

Menyebar risalah supaya berkesan,

Kepada rakyat melangkaui sempadan.

Kepada murid diberi pelajaran,

Kepentingan air jangan diabaikan,

Lontar sampah ke sungai elakkan,

Agar sungai kekal kebersihan.

Penebangan pokok pula dikawal,

Walaupun kayu harganya mahal,

Pokok menjadi penapis awal,

Sebelum air dirawat berjadual.

Kesimpulan bicara teguhkan hati,

Masalah air mesti diatasi,

Jika tidak ramai yang mati,

Aktiviti manusia tidak berhati.

Demikian dahulu syair pencemaran,

Semoga menjadi panduan pedoman,

Masalah bersama menjadi ringan,

Sepanjang masa menjadi ingatan.


CIKGU SALLEH

LEDANG, JOHOR.

Puisi Khas

MAJALAH DEWAN SISWA DISEMBER 2009

Buku-buku Saya










Beberapa buah buku menyusul menjelang 2010,berkaitan dengan Bahasa Malaysia tingkatan 1.Buku-buku kerja dan Ulasan Novel KOMSAS Tingkatan 1.

TERBAHARU!